Mangsa amukan lelaki kurang siuman ditendang, disepak

Mangsa amukan lelaki kurang siuman ditendang, disepak

KOTA BHARU: “Nasib baik ada yang datang membantu, jika tidak saya sendiri mungkin sudah mati kerana ditendang dan disepak bertubi-tubi oleh lelaki itu,” luah Wan Fadhilah Wan Abdullah, 57.

Wan Fadhilah adalah mangsa amukan lelaki berusia 20-an yang mengalami masalah mental yang maut selepas disyaki dipukul dalam kejadian di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, di sini, sekitar jam 7 malam tadi.

Katanya, dia yang baru menunggang motosikal untuk pulang selepas selesai memasak di kantin sebuah tahfiz berdekatan, terkejut apabila didatangi lelaki terbabit yang kemudian menendangnya sehingga jatuh daripada motosikal.

“Badan dan kepala saya kemudian disepak bertubi-tubi tanpa rasa belas kasihan sebelum saya diselamatkan oleh anak-anak tahfiz yang berada di lokasi kejadian. Saya hanya terbaring lemah kerana sakit.

“Pada awalnya, saya ingatkan dia adalah seorang daripada pelajar tahfiz yang sedang berlatih silat kerana dia dilihat melakukan beberapa pergerakan seolah-olah seni mempertahankan diri.

“Ketika saya bersiap sedia menaiki motosikal, ada anak tahfiz yang menjerit supaya saya menjauhkan diri kerana terdapat orang kurang siuman, namun belum sempat saya beredar, saya sudah diserang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Wan Fadhilah yang sudah lebih 10 tahun berkhidmat sebagai tukang masak di tahfiz terbabit, berkata dia mengalami sakit seluruh badan selain terdapat beberapa kesan lebam, namun bersyukur tidak mengalami tulang patah.

“Sepanjang saya bekerja di sana, tidak pernah berlaku kejadian sebegini, yang ada hanya orang kurang siuman yang tidak membahayakan orang awam. Tidak sangka, kali ini ia membabitkan saya sebagai mangsa.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dan berterima kasih kepada anak-anak tahfiz yang membantu saya malam tadi. Jika mereka tidak membantu, mungkin kecederaan saya juga lebih teruk.

“Tambahan pula, saya baru tiga hari keluar daripada hospital selepas dimasukkan ke wad akibat darah tinggi,” katanya.

Terdahulu media melaporkan seorang lelaki yang mempunyai masalah mental maut dipercayai dipukul di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7 malam tadi, lelaki berusia 20-an itu dikatakan mengamuk di masjid berkenaan sebelum menendang wanita berusia 50-an yang melalui perkarangan masjid itu. BH

Mangsa amukan lelaki kurang siuman ditendang, disepak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan

Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri

Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker