Khalid Samad tak masuk mesyuarat, itu pandangan peribadi dia – Zahid

Soal calon menteri besar masih belum dibincangkan Sekretariat Perundingan Kerajaan Perpaduan, kata Zahid Hamidi.

Khalid Samad tak masuk mesyuarat, itu pandangan peribadi dia – Zahid

Jangkaan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad bahawa Pakatan Harapan akan beri ruang kepada Barisan Nasional untuk meletakkan calon menteri besar di tiga negeri pandangan peribadi semata-mata, kata Zahid Hamidi.

Pengerusi BN itu berkata soal calon menteri besar masih belum dibincangkan Sekretariat Perundingan Kerajaan Perpaduan.



“Dia pun tak ada masuk dalam mesyuarat sekretariat,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa Jemaah Menteri menangani denggi di Parlimen tengah hari tadi.

“Itu pandangan peribadi dia. Soal (calon MB) nanti kita bincang dalam sekretariat.”

Terdahulu, Khalid dipetik sebagai berkata calon menteri besar bagi Kedah, Kelantan, dan Terengganu mungkin “lebih condong untuk diberi kepada BN”.

“Tetapi kita mahu tengok dulu siapa calonnya. Ia mesti dibincang dan dirunding semula,” katanya, ketika dihubungi Utusan Malaysia. FMT



Khalid Samad tak masuk mesyuarat, itu pandangan peribadi dia – Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini kata Ibu Syamsul kepada Puteri Sarah Liyana



Kazar Saisi akhirnya bersuara

Pulanglah, aku rindu – Farid Kamil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker