Pemecatan pemimpin UMNO beri kesan kepada PRN

Pemecatan pemimpin UMNO beri kesan kepada PRN

Pemecatan beberapa pemimpin UMNO memberi kesan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Penolong Setiausaha UMNO Terengganu, Bazlan Abd Rahman, berkata pemimpin terbabit walaupun bukan dari Terengganu, mempunyai penyokong yang ramai, termasuk di negeri itu.

Justeru, beliau berkata, pengurusan parti terutama jawatankuasa penerangan perlu memberi penjelasan kepada ahli di peringkat akar umbi, terutama penyokong pemimpin berkenaan, punca tindakan dikenakan ke atas pemimpin terbabit.

“Penerangan perlu dibuat kepada ahli akar umbi supaya mereka faham situasi dan keadaan sebenar punca tindakan dikenakan.

“Pemimpin yang dipecat, termasuk bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, ada pengaruhnya di negeri ini,” katanya kepada BH.

Bazlan, yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Setiu, berkata demikian ketika mengulas langkah penggantungan dan pemecatan beberapa pemimpin serta ahli UMNO daripada parti, semalam.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, Khairy dan Noh, yang juga bekas Pengerusi UMNO Selangor dipecat parti kerana pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Mengulas lanjut, Bazlan, yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Batu Rakit, berkata pihaknya juga bimbang ada pihak tertentu, termasuk pimpinan pembangkang akan mengambil kesempatan atas keadaan itu untuk merosakkan UMNO.

“Pihak lawan pastinya akan mengambil kesempatan ini untuk merosakkan parti dan membuat pelbagai andaian yang bertujuan merenggangkan hubungan antara ahli parti, termasuk di peringkat akar umbi,” katanya. BH

Pemecatan pemimpin UMNO beri kesan kepada PRN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker