Kalau dah jadi ‘fighter’, takkan ‘gostan’ – Shahril Hamdan

Kalau dah jadi ‘fighter’, takkan ‘gostan’ – Shahril Hamdan

Bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan yang digantung keahliannya selama enam tahun memaklumkan beliau tidak akan membuat rayuan kepada Lembaga Disiplin parti.

Beliau yang sebelum ini mendesak Presiden Ahmad Zahid Hamidi bertanggungjawab atas kekalahan terburuk Umno dalam PRU15 mendedahkan tidak menerima sebarang surat, malah tidak mengetahui punca sebenar beliau digantung.



“Semalam saya digantung enam tahun oleh Lembaga Disiplin, saya tak pernah dapat apa-apa surat, saya pun tak tahu sebab apa mereka gunakan untuk ambil tindakan ini.

“Bila orang kata merayulah… saya ingat rayu pun nak rayu macam mana sedangkan prosedur asal pun tak guna prosedur yang betul.

“Takkan rayuan pula tiba-tiba jadi okay. Mungkinlah mereka mengharapkan kita uturn (patah balik), kita berdiam diri, kita ikut. Sorrylah, saya tak boleh buat perkara itu,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di Facebook beliau.

Shahril termasuk bekas naib presiden, Hishammuddin Hussein; bekas Ahli Parlimen Jempol, Salim Sharif dan pemimpin Umno Tebrau, Maulizan Bujang digantung keahlian selama enam tahun.



Umno turut memecat keahlian bekas ketua pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Umno Selangor Noh Omar, atas pelanggaran disiplin parti mengikut perlembagaan Umno pada PRU15.

Jelas Shahril, walaupun masih sayangkan ahli Umno dan persahabatan yang tercipta, sukar untuk beliau menerima tindakan tatatertib yang dijatuhkan ke atasnya.

“Semua ini tidak mengubah hakikat bahawa benda ini ini susah untuk saya telan. Memang kita nak tunjuk kita ‘fighter’ dan saya nak jadi ‘fighter’ tapi hakikatnya saya manusia biasa.

“Tiba-tiba dibuat sebegini. Bukan mudah untuk ditelan tetapi inilah kehidupan, inilah politik,” katanya.



Beliau bagaimanapun menjelaskan masih terlalu awal untuk menyatakan langkah seterusnya yang akan diambil namun akan terus menyumbang kepada pembangunan agama dan bangsa dalam pelbagai bentuk.

“Shahril Hamdan kalau dah jadi ‘fighter’ kita takkan gostan (patah balik),” katanya. FMT

Kalau dah jadi ‘fighter’, takkan ‘gostan’ – Shahril Hamdan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)



Kecil-kecil jadi pembuli (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker