Isteri berang serang pelacur

Isteri berang serang pelacur

Seorang isteri bertindak menyerang dan memukul seorang pelacur yang dalam keadaan bogel di sebuah rumah urut di Phuket, selepas kecurangan suaminya bersama pekerja seks itu terbongkar.

Difahamkan, perbuatan suami wanita itu terbongkar selepas dia melihat gambar suaminya bersama pelacur terbabit di telefon bimbit.

Daily Star melaporkan, wanita itu mengikuti suaminya selepas diberitahu oleh rakannya yang melihat pekerja itu berada di premis berkenaan.

Semasa di premis, wanita itu dikatakan menarik tuala dipakai pekerja terbabit dan menamparnya beberapa kali selama lima minit.

Kejadian tular di media sosial selepas rakaman menunjukkan wanita terbabit menyerang pekerja itu.

Pekerja terbabit mendakwa tidak mengetahui lelaki itu sudah berkahwin lalu memohon maaf serta menyesal.

Kejadian turut dilihat wanita lain yang berada di lokasi.

Sementara itu, Kolonel Balai Polis Wilayah Mueang Phuket, Sarawut Chuprasit menerusi kenyataan memaklumkan polis sedang mengesan lokasi kejadian itu berlaku.

“Tiada aduan diterima daripada pihak terbabit. Saya menggalakkan mangsa melaporkan kejadian kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Peguam Anantarak Pathin berkata, serangan adalah satu kesalahan jenayah dan mangsa boleh melaporkannya kepada polis.

“Saya berpandangan serangan itu agak teruk dan beberapa orang berada di dalam bilik menyaksikan kejadian.

“Adalah tidak boleh diterima wanita itu dibogelkan dan ia perlu disiasat sepenuhnya,” katanya. HM

Isteri berang serang pelacur

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker