Kaut RM1,300 tunjuk gambar anak ‘meninggal’

Kaut RM1,300 tunjuk gambar anak ‘meninggal’

Dengan bermodalkan gambar mayat di atas pengusung, seorang lelaki sanggup menggunakan alasan anak lelakinya meninggal dunia sebelum menghilangkan diri selepas menerima wang RM1,300 milik ahli jawatankuasa Masjid Kampung Salak Tinggi, Sepang, pada Sabtu lalu.

Dia yang mendakwa mengenali Presiden Kelab Perantau 11 Mohamad Fairuz Mohamad yang aktif dengan kerja amal sekitar Salak Tinggi, datang ke rumah nazir masjid terbabit kira-kira jam 2 petang pada Ahad lalu untuk memohon bantuan.



Kebetulan, nazir Mohamad Rosli Muhammad Hanafiah keluar bekerja dan isterinya menyerahkan wang bantuan sebanyak RM300.

Mohamad Fairuz berkata, lelaki itu yang mendakwa berasal dari Kampung Salak Tinggi dan pada awalnya memaklumkan anak lelakinya berusia 20 tahun sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan memerlukan bantuan kewangan.

“Isteri nazir yang kasihan terhadap lelaki berkenaan kemudian menghulurkan wang sebanyak RM300 kepadanya,” katanya ketika dihubungi.

Mohamad Fairuz berkata, lelaki berkenaan juga menemui seorang ahli jawatankuasa kebajikan masjid sama untuk memohon bantuan kewangan yang didakwa untuk urusan pengebumian anaknya.



“Lelaki itu juga memberi alasan sama kononnya saya yang mengarahkannya bertemu ahli jawatankuasa itu untuk memohon bantuan kewangan.

“Ahli jawatankuasa itu yang juga amil zakat kariah kampung berkenaan kemudian menyerahkan RM1,000 kepada lelaki berkenaan,” katanya.

Malah, katanya, pihak ahli jawatankuasa juga sudah membuat persiapan termasuk menggali kubur untuk jenazah anak lelaki berkenaan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Salak Tinggi pada hari sama.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit tidak berjaya dihubungi menyebabkan mereka (ahli jawatankuasa) menghubungi saya untuk mengetahui mengenai individu berkenaan.



“Saya amat terkejut apabila dimaklumkan lelaki terbabit menggunakan nama saya ketika meminta bantuan kewangan dengan mereka sedangkan saya sendiri tidak mengenalinya.

“Saya merasakan lelaki itu bukan berasal dari Kampung Salak Tinggi memandangkan ramai penduduk tidak mengenalinya,” katanya yang membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, kelmarin.

‘Saya tak sangka soal urus jenazah pun kena scam’

“Selama 18 tahun menjadi anak kariah masjid, ini kali pertama saya berdepan penipuan seperti ini.



“Tidak tahu apa masalah sebenar, tetapi dia tergamak menggunakan alasan anaknya meninggal dunia. Selepas dapat duit, terus hilang dan gagal dihubungi,” kata Nazir Masjid Kampung Salak Tinggi Mohamad Rosli Muhammad Hanafiah.

Katanya, dia dihubungi seorang lelaki dari Salak Baiduri, dekat sini, yang memaklumkan anaknya mengalami kemalangan dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurutnya, atas dasar simpati, keluarganya menghulurkan bantuan RM300 sebelum lelaki itu berjumpa pula dengan Biro Kebajikan Masjid untuk memaklumkan perkara sama.

“Kemudian dia hantar gambar mayat di atas pengusung dan mengakui itu adalah anaknya yang sudah meninggal dunia serta memerlukan kos pengurusan jenazah.



“Dia beritahu jawatankuasa biro saya luluskan RM1,000. Kemudian dia menghilangkan diri sedangkan pihak masjid sudah pun menggali liang lahad untuk pengebumian anaknya,” katanya ketika dihubungi.

Mohamad Rosli berkata, biarpun pihak masjid tidak menyediakan peruntukan pengurusan jenazah, namun atas dasar simpati, wang berkenaan disumbangkan kepada lelaki itu untuk membantunya yang ‘kehilangan’ anak.

Katanya, dia juga memeriksa dengan penduduk di Salak Baiduri mengenai kematian seorang lelaki berusia 20 tahun akibat kemalangan seperti didakwa, namun tiada siapa tahu mengenainya.

“Kami tunggu juga, namun panggilan tidak dijawab dan saya reda dengan apa yang berlaku. Mungkin dia ada masalah lain atau apa, itu terpulanglah kepada dia.



“Cuma saya tak sangka, soal pengurusan jenazah pun ada yang scam, guna alasan anak sendiri pula,” katanya.

Menurutnya, liang yang sudah digali itu kemudian digunakan untuk jenazah lain, dan pihaknya akan lebih berhati-hati bagi mengelakkan perkara sama berulang lagi pada masa depan. HM

Kaut RM1,300 tunjuk gambar anak ‘meninggal’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker