Lelaki diburu terima upah RM10,000 bakar gudang pakaian

Lelaki diburu terima upah RM10,000 bakar gudang pakaian

Seorang lelaki dipercayai suspek utama terbabit dalam kes khianat dengan api membabitkan dua kebakaran di gudang pakaian di Jalan 2/17 Mutiara Fadason, Jinjang dekat sini yang membabitkan kerugian lebih RM1 juta.

Suspek utama berkenaan, G Logeswaran berusia 41 tahun yang beralamat di M2-3-14 Jalan Pandan Indah 6/1 Pandan Indah 55100 Kuala Lumpur, dipercayai telah menerima bayaran RM10,000 untuk melakukan perbuatan berkenaan.

Lelaki berkenaan diburu polis selepas enam serbuan dibuat di beberapa lokasi yang berbeza di sekitar Selangor sebelum menahan sembilan individu pada 15 sehingga 18 Januari lalu yang dipercayai terlibat dalam kejadian sama.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam serbuan berkenaan sembilan suspek terdiri lelaki warga tempatan berusia lingkungan 24 hingga 34 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes itu.

Kata beliau, turut dirampas ketika tangkapan adalah sebuah motosikal dan pakaian yang dipercayai dipakai suspek serta satu tong minyak berisi petrol yang digunakan untuk membakar gudang itu.

“Kesemua orang kena tuduh (OKT) direman sehingga semalam dan semakan mendapati kesemua tangkapan mempunyai rekod jenayah lampau kesalahan penyalahgunaan dadah.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati lima suspek positif dadah dan empat suspek lagi negatif,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Eng Lai, atas arahan Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur, dua suspek dituduh bagi kejadian pertama manakala tiga suspek lagi dituduh bagi kejadian kedua mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

“Motif kejadian setakat ini mendapati suspek diupah untuk membakar gudang yang berkenaan. Semua suspek yang dituduh dipercayai adalah orang upahan untuk melakukan pembakaran gudang itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, kata Eng Lai, kejadian pertama berlaku pada pukul 4.08 pagi pada 6 Januari lalu dan satu laporan telah dibuat pengurus gudang berkenaan.

Kata beliau, kebakaran itu berjaya dipadamkan yang mana ia hanya meliputi kawasan bahagian hadapan gudang saja.

“Namun, semakan kamera litar tertutup di kawasan itu mendapati kebakaran bermula pukul 3.06 pagi yang mana terdapat kelibat suspek memanjat tembok dan membaling sesuatu ke arah gudang sehingga ternampak nyalaan api,” katanya di sini dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut kata beliau, kerugian kejadian pertama dianggarkan sebanyak RM4,000 yang membabitkan kerosakan peti ais, sofa serta peti suis elektrik yang berada di bahagian luar gudang.

“Selepas itu, satu lagi laporan dibuat mengenai kebakaran di gudang sama pada 11 Januari kira-kira pukul 4.30 pagi.

“Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di bahagian belakang dalam gudang berkenaan dan selepas kebakaran berjaya dipadam oleh bomba, pengadu mendapati stok baju Melayu dan lain-lain barang tidak pasti sudah terbakar,” ujarnya

Tambah beliau, anggara. jumlah stok baju Melayu yang terbakar adalah sebanyak 14,400 helai dengan jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan bernilai RM1.5 juta.

“Justeru itu,orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan dengan suspek utama itu boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Izzat Jamaluddin di talian 017-7331772 atau Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206,” katanya. Utusan

Lelaki diburu terima upah RM10,000 bakar gudang pakaian

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker