Usul tak tanding ‘top 2’, JPPM temu wakil Umno minggu depan

Usul tak tanding ‘top 2’, JPPM temu wakil Umno minggu depan

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) akan mengadakan pertemuan dengan wakil Umno, minggu depan, berhubung usul tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden, kata ketua pengarahnya, Nawardi Saad.

Katanya, pihaknya setakat ini belum menerima laporan penuh Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022, selain tidak memaklumkan masa dan tarikh pertemuan dijangka berlaku.



“Setakat hari ini JPPM belum lagi menerima laporan penuh (PAU), namun minggu hadapan JPPM akan adakan pertemuan dengan Umno,” lapor Berita Harian.

Dalam pada itu, JPPM sedang menyiasat aduan dibuat dua ahli Umno mengenai usul terbabit yang didakwa bertentangan dengan perlembagaan Umno.

“JPPM ambil maklum perkara itu (aduan), kita sedang siasat,” katanya.

Sabtu lalu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, memaklumkan beliau bersama barisan peguam parti itu akan mengadakan pertemuan dengan JPPM dalam waktu terdekat.



Ahmad berkata, pertemuan itu bagi membuat penjelasan berhubung proses PAU 2022 dan pengundian dijalankan secara teratur dan mengikut peraturan serta perlembagaan parti.

Kenyataan beliau itu susulan tindakan dua ahli Umno mendesak JPPM meneliti laporan persidangan PAU 2022 mengandungi usul tambahan berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang, yang didakwa bertentangan dengan perlembagaan parti.

Aduan itu dibuat ahli Umno Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli Umno Negeri Sembilan, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom. FMT

Usul tak tanding ‘top 2’, JPPM temu wakil Umno minggu depan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]



Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker