Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang

Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang

Aksi dua gajah dewasa seakan mencabar satu sama lain di jalan Jeli-Gua Musang di Kelantan sehingga menyebabkan kesesakan di kedua-dua arah, menjadi tular di kalangan netizen.

Aksi haiwan liar itu berada di bahu jalan berkenaan dipercayai ketika mahu menyeberang dari hutan berdekatan sempat dirakam oleh seorang pemandu yang terperangkap dalam kesesakan itu.

Video tular bertajuk ‘Gajah bergaduh tepi jale’ itu dikongsi di akaun Facebook Faiz Mohd Fazree pada hujung bulan lalu, menjadi tular di platform media sosial sehingga mendapat ribuan tontonan dan perkongsian.

Selain itu, seorang pengguna Facebook, Nissan Wangi, menasihatkan pemandu supaya tidak memancarkan lampu atau membunyikan hon pada waktu malam sekiranya bertemu gajah.

Beliau juga berkongsi kejadian yang didakwa berlaku pada 1995 membabitkan sebuah lori yang membawa ikan diamuk oleh gajah sehingga kenderaan itu ditolak ke dalam gaung akibat gangguan seumpama itu..

“…ketika itu, saya memandu dari Jeli pulang ke Klang pada pukul 11 ​​pagi. Keadaan masih berkabus… penglihatan saya terjejas dan saya nampak ikan-ikan bergelimpangan di atas jalan… waktu itu kenderaan sangat kurang yang menggunakan laluan itu ” tulisnya. BH

https://www.facebook.com/reel/1054456259088711?s=yWDuG2&fs=e&mibextid=Nif5oz

Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker