Zahid kekiri Menteri KDN ke kanan, apa keputusan sebenar dalam surat RoS?

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan beliau belum melihat surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung kelulusan terhadap usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Sehubungan itu, beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu dan meminta masa untuk ‘melihat’ surat tersebut dalam masa beberapa hari lagi.

“Apa isu dia? Siapa yang kata (surat dari Kementerian Dalam Negeri)? Saya tidak berkomunikasi dengan sesiapa. Saya ‘outstation’ dan hari ini baru ada di sini (Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang). Jadi untuk lebih adil, beri masa saya untuk tengok dulu surat yang dimaksudkan itu.



“Bagi peluang kepada saya untuk tengok surat dan sebut sebab selama ini pun, bukan kenyataan daripada saya kan? Tak ada satu pun kenyataan daripada saya. Saya kena balik tengok dulu, panggil KSU (Ketua Setiausaha) dan pegawai saya, baru betul.

“Takkan saya nak buat spekulasi sana sini. Dia ni kata ada surat, dia ni pula kata ada surat. Tak kan saya nak buat kenyataan yang teraba-raba begitu,” katanya ketika ditemui di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di sini pada Isnin.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa usul tambahan PAU untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO telah diterima RoS.

Ahmad Zahid berkata, UMNO telah menerima surat bertarikh 3 Mac 2023 daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengesahkan bahawa RoS telah menerima usul yang telah diluluskan oleh PAU.



Katanya lagi, melalui surat tersebut, Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah memutuskan untuk memberi pengecualian daripada pematuhan kepada Seksyen 13(1)(c)(14) melalui Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) berhubung keputusan usul tambahan yang telah diluluskan dalam PAU 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang tidak akan dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Ahmad Zahid menunjukkan surat daripada RoS itu susulan terdapat dua laporan media berbeza mengenai usul tambahan yang diluluskan PAU 2022.

Sebelum ini, usul tambahan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan UMNO akan datang dicadangkan perwakilan dari Negeri Sembilan, Mohd Shukri Samsudin.

Susulan daripada itu, dua ahli UMNO pada 20 Januari lalu menghantar aduan kepada RoS agar semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan semasa PAU 2022 itu.



Aduan dikemukakan oleh ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin



Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker