KJ tetap turun bantu mangsa banjir walaupun bukan menteri atau wakil rakyat

Tidak mempunyai jawatan dalam mana-mana parti politik bukan penghalang buat bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin untuk turun padang membantu mangsa banjir di Johor.
Ahli Lembaga Pengarah JDT dan Penasihat Belia Johor itu berkongsikan lawatan beliau ke beberapa kawasan terjejas banjir antaranya di Yong Peng dan Batu Pahat.
Melalui perkongsian di Instagram Stories, beliau dilihat bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Hairi Mad Shah; dan ADUN Yong Peng, Ling Tian Soon yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor.

Beliau yang mengenakan jaket sukarelawan Southern Volunteers turut dilihat menyampaikan sumbangan daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan beramah mesra bersama mangsa-mangsa yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS).

“Saya bawa ini (menghulurkan kotak) sumbangan daripada TMJ,” katanya kepada salah seorang mangsa banjir di PPS Dewan Orang Ramai Sri Medan.
Bencana banjir melanda Johor sejak Rabu lalu disifatkan antara terburuk pernah dihadapi negeri itu selepas bah besar 2006.
Menurut data terkini, 40,129 mangsa banjir membabitkan 11,210 keluarga ditempatkan di 216 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah terjejas di Johor.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin

Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker