Isu ‘sedekah’ bukan putar belit, itu kenyataan Azam Baki

Isu ‘sedekah’ bukan putar belit, itu kenyataan Azam Baki

Apapun bentuk pemberian ketika kempen pilihan raya dan apa jua istilahnya, itu adalah rasuah politik walaupun namanya sedekah,” kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan beliau tidak memutar belit kenyataan mana-mana pihak sebaliknya itu kenyataan dikeluarkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

“Kenyataan dibuat Ketua Pesuruhjaya (KP) Tan Sri Azam Baki harus dijadikan satu panduan bahawa apa pun bentuk pemberian ketika kempen pilihan raya.

“Apa juga istilahnya itu adalah rasuah politik, walaupun namanya sedekah, ini bukan putar belit, ini kenyataan bertulis Azam Baki,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan bersama Exco- Exco Luar Bandar (MEXCLUB) di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Ahmad Yahaya yang membidas pandangan sinis beliau terhadap kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung isu pemberian wang ketika pilihan raya.

Ahmad Yahaya turut menyifatkan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu jelas mempunyai niat mengelirukan orang awam.

Sebelum ini, Ahmad Zahid menyelar sikap ‘double standard’ Abdul Hadi yang mempertahan tindakan pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan mendakwa ia adalah sedekah.

Selasa lalu Azam memaklumkan pemimpin Pas boleh mentafsirkan tindakan pemberian wang tunai ketika kempen PRU-15 mengikut cara mereka, namun perkara itu sedang disiasat berkaitan pembelian undi.

Beliau dipetik berkata, SPRM sudah membuka kertas siasatan berhubung pemberian wang tunai ketika kempen pilihan raya seperti dilihat dalam satu video yang berlaku di Terengganu.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid menegaskan parti politik perlu bersama-bersama-sama terbabit dalam rang undang-undang (RUU) pendanaan politik.

“Sekiranya tiada, RUU pendanaan politik akan membabitkan Perlembagaan yang mana memerlukan suara majoriti di Parlimen,” katanya.

Pada 24 September tahun lalu, kerajaan sekali lagi menzahirkan keyakinan dan komitmen bahawa RUU berkaitan sumbangan politik akan dapat direalisasikan.

Bagaimanapun bacaan pertama RUU itu tidak sempat dibentangkan susulan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-15. HM

Isu ‘sedekah’ bukan putar belit, itu kenyataan Azam Baki

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker