Nak kawan dengan siapa kena dapat izin suami – Fazura

Nak kawan dengan siapa kena dapat izin suami – Fazura

PELAKON Nur Fazura menegaskan yang dia hanya menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan mengenai perkara yang telah ditularkan oleh peminat tegar seorang individu baru-baru ini.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram, Fazura berkata, jika dia tidak menjawab soalan itu, lain pula hal yang akan berlaku nanti.



“Tiada niat untuk membuka aib sesiapa tetapi jika dibiarkan, perkara tidak betul yang tumbuh akan terus melata. Dalam saya sibuk menguruskan kehidupan sendiri serta keluarga dan rancangan kerjaya saya sendiri, muncul lagi anasir yang tidak jemu menangguk di air yang keruh.

“Dikongsikan ialah rakaman video sebenar sewaktu wawancara di majlis pelancaran produk terbaharu saya baru-baru ini untuk dinilaikan sendiri. Sejujurnya saya hanya menjawab soalan yang telah diajukan oleh wartawan. Jika tidak dijawab, ceritanya lain pula nanti.

“Respons saya adalah kepada soalan berkenaan perkara yang telah ditularkan oleh para peminat tegar individu lain tetapi sekarang digambarkan seolah-olah saya yang memulakannya. Untuk apa?

“Tiada sebab dan tiada keuntungan untuk saya memulakan sesuatu yang tidak produktif. Banyak perkara lain perlu diberikan perhatian. Saya sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah SWT kepada saya dan keluarga selama ini,” tulisnya.



Dalam pada itu, Fazura menambah, sungguhpun memberi fokus pada hal sendiri, dia dan keluarga termasuk suami masih menjadi mangsa cacian dan fitnah para peminat tegar individu berkenaan.

“Ini bukan kali pertama, sudah bertahun-tahun lamanya tapi saya dan suami, terus fokus kepada kehidupan kami dan kerjaya sendiri. Kini, Fatima juga menjadi mangsa tambahan. Apa salah dia sehingga sasaran cacian itu dihalalkan?

“Naratif ‘Perang Dingin’ yang digembar-gemburkan ini juga tidak betul dan tidak pasti niatnya apa. Sama juga seperti orang lain, saya berhak menentukan dengan siapa saya sesuai berkawan.

“Tidak berkawan, tidak semestinya memusuhi. Kini, izin suami dengan siapa saya wajar berkawan juga wajib diberikan keutamaan.



“Maka didoakan agar semua dapat meneruskan kehidupan masing-masing dalam keredhaan Allah SWT. Tiada guna memerah jerami untuk mendapatkan santan.

“Semoga kita semua dikurniakan kebahagiaan dan ketenangan di dunia akhirat. Mudah-mudahan. Amin,” tutupnya. FMT

Nak kawan dengan siapa kena dapat izin suami – Fazura

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud

Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran



TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?

Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker