Lelaki bakar rumah mentua, langgar bekas isteri

WASHINGTON – Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) didakwa membakar rumah bekas mentuanya sebelum melanggar bekas isterinya dengan kereta, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pablo Patino-Bustos pergi ke rumah mentuanya di Texas iaitu lokasi di mana bekas isterinya tinggal ketika kejadian.

Menurut pihak berkuasa, Patino-Bustos membakar rumah itu kira-kira pukul 3.30 petang (waktu tempatan) dalam usaha untuk mengumpan wanita itu keluar.



Polis menambah, lelaki itu menunggu di luar rumah dengan menaiki kenderaan, yang kemudian digunakan untuk melanggar mangsa ketika melarikan diri daripada kebakaran.

Saluran berita Fox News melaporkan bahawa adik lelaki mangsa, Logan Saldana, 23, mendengar kakaknya menjerit ketika dia memadamkan kebakaran.

Selepas kejadian, suspek melarikan diri selama dua hari sebelum dia akhirnya ditahan selepas isteri baharunya melaporkan keberadaan suspek.

Polis berkata, Patino-Bustos memiliki senjata api dan memulakan persengketaan dengan pasukan SWAT bersenjata.



“Pablo Patino telah ditangkap dan ditahan di Penjara Daerah Harris dan didakwa kerana jenayah keganasan dan melakukan  pembakaran haram.

“ Mahkamah menetapkan jumlah ikat jamin sebanyak RM$4,500,000 (RM19.28 juta),” lapor saluran Fox News. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua



Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker