Wanita lemas terjun sungai elak ditangkap polis

Wanita lemas terjun sungai elak ditangkap polis

KUANTAN: Seorang wanita yang terjun ke Sungai Belat berhampiran Jeti Tanjung Punai di sini, petang semalam ditemukan lemas, hari ini.

Ketua Polis Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata mayat wanita berusia 42 tahun itu ditemukan pada 11.36 pagi, kira-kira 50m dari lokasi dia dikatakan terjun semasa melarikan diri dari serbuan operasi narkotik di kawasan tersebut.

“Kejadian disaksikan oleh seorang lelaki Rohingya yang cuba menyelamatkan mangsa, namun tidak berjaya kerana keadaan air pasang dan arus deras,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan anak lelaki mangsa, wanita itu didapati mempunyai masalah ketagihan dadah dan kerap ke lokasi berkenaan untuk melepaskan gian.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat. FMT

Wanita lemas terjun sungai elak ditangkap polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker