Pukul pengedar dadah hingga maut, lelaki serah diri

Pukul pengedar dadah hingga maut, lelaki serah diri

Seorang lelaki yang dicari bagi membantu siasatan kes pengedar dadah mati dipukul berjaya ditahan polis selepas tampil menyerah diri, Khamis lalu.

Ketua Polis Kuala Langat, Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, suspek berusia lingkungan 20-an itu hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, kira-kira pukul 11 malam.



Katanya, soal siasat awal mendapati lelaki itu tidak mengaku terlibat dalam kes berkenaan.

“Suspek yang tidak memiliki rekod lampau itu kini direman selama enam hari bagi membantu siasatan. Kes masih diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Ridhwan berkata, pihaknya kini giat mengesan suspek yang masih bebas.

Media sebelum ini melaporkan hayat seorang pengedar dadah berakhir selepas lima hari bertarung nyawa di hospital akibat dipukul objek tumpul ketika mengedar barang terlarang itu.



Mangsa yang juga kelindan lori berusia 24 tahun itu dipukul sekumpulan lelaki dalam pergaduhan dekat sebuah kedai runcit sekitar Olak Lempit, Banting, 11 Januari lalu.

Lelaki yang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang itu meninggal dunia pukul 2.15 pagi, Isnin minggu lalu, akibat kecederaan hentakan di kepala.

Dua lelaki yang juga pengawal keselamatan kemudian turut diberkas secara berasingan di sekitar Banting pada 13 dan 16 Jan lalu. FMT

Pukul pengedar dadah hingga maut, lelaki serah diri



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu



Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker