PRN: Sediakan bas percuma untuk bawa keluar pengundi

Semua kerajaan negeri perlu menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) untuk pulang mengundi dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah diambil oleh kerajaan Kelantan menyediakan kemudahan itu wajar ditiru oleh semua negeri.

“Saya fikir tindakan itu sepatutnya ditiru oleh semua negeri.



“Bukan (sogokan), bukan parti yang buat tapi kerajaan sediakan (kemudahan) dan tidak hadkan kepada penyokong parti, sesiapa saja.

“Kita pun tak tahu mereka balik undi siapa,” katanya ketika ditemui media selepas program Ppakat Pertahan peringkat Parlimen Kubang Kerian di Kota Bharu, malam tadi.

Anggota Parlimen Kubang Kerian itu berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan parti lawan yang menyatakan kemudahan bas disediakan kerajaan Kelantan kepada pelajar IPT untuk pulang mengundi merupakan sejenis kempen.

Isu tersebut timbul selepas kenyataan dibuat Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman yang memaklumkan tiket bas ke Kelantan habis dijual selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh berlangsungnya PRN.



Bagaimanapun semakan Malaysiakini mendapati dakwaan itu tidak benar apabila penjualan tiket bas ekspres baru sahaja dibuka mulai semalam.

Susulan itu juga kerajaan Kelantan kemudiannya mengumumkan mereka menyediakan perkhidmatan bas secara percuma kepada pelajar IPT untuk pulang mengundi di negeri itu.

Sementara itu Tuan Ibrahim berkata dia mengalu-alukan negeri lain turut mengambil langkah yang sama bagi memastikan peratusan keluar mengundi lebih tinggi.

“Saya mengalu-alukan kalau boleh negeri lain juga, SPR pun nak tengok peratusan keluar mengundi lebih tinggi.



“Jadi segala elemen ke arah itu patut dipermudahkan,” ujarnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain

Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini



Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)

Cebisan mayat berselerak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker