Adun Tungku fitnah kerajaan isu Ambalat, G57 buat laporan polis

Adun Tungku fitnah kerajaan isu Ambalat, G57 buat laporan polis

KOTA KINABALU – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) hari ini membuat laporan polis ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku, Assaffal Alian kerana menuduh Kerajaan Persekutuan menyerahkan blok Ambalat di Laut Sulawesi kepada Indonesia.

Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, tuduhan tersebut hanya satu fitnah dan perkara itu dibuat ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, 10 Ogos lalu.



“Laporan polis fitnah ini dibuat bagi tujuan membersihkan nama Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan selepas fitnah bersifat jahat dan tidak bertanggungjawab dibuat oleh ADUN Tungku.

“G57 mencabar ADUN Tungku daripada Warisan itu mengulangi tuduhan kononnya Kerajaan Persekutuan telah menyerahkan Ambalat kepada Indonesia,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau membuat laporan polis terhadap ADUN Tungku daripada Warisan kerana memfitnah Kerajaan Persekutuan menyerahkan blok Ambalat di Laut Sulawesi kepada Indonesia di Balai Polis Karamunsing, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Assaffal pada persidangan DUN Sabah pada 10 Ogos lalu, mendakwa Kerajaan Persekutuan membuat keputusan bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah dengan menyerahkan sempadan Ambalat kepada Indonesia.



Dakwanya, itu di antara kesilapan dilakukan kerajaan negeri apabila tidak memperhalusi isu terbabit sehingga merugikan Sabah.

Zulkarnain berkata, walaupun setiap ADUN kebal daripada sudut undang-undang kerana mengeluarkan kenyataan di dalam DUN Sabah namun laporan Polis akan dihantar kepada Speaker DUN Sabah.

“Ia bertujuan agar tindakan undang-undang dapat diambil terhadap ADUN Tungku itu kerana memfitnah dan berbohong di dalam sidang DUN Sabah.

“G57 berikrar untuk terus membuat laporan polis di atas setiap fitnah yang dibuat pimpinan Warisan ke atas Kerajaan Negeri Sabah termasuk Kerajaan Persekutuan,” katanya.



Sebelum ini, Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin menyebut perjanjian ditandatangani Malaysia dan Indonesia hanya membabitkan laut wilayah.

Jelasnya, ia tidak membabitkan kawasan dinyatakan sebagai Ambalat atau melebihi 200 batu nautika yang dikatakan sebagai Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE). MG

Adun Tungku fitnah kerajaan isu Ambalat, G57 buat laporan polis

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar didakwa hamil, ini respon Yusof Haslam

Apa sudah jadi BCL?



Hanya salah faham, saya kerani bukan peguam – Fatiya Latiff

Diana Danielle dapat pengganti?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker