Hidap Kanser Prostat Tak Semesti Gelap Masa Depan..Kaum Adam Jangan Malu Periksa Alat Sulit

Hidap Kanser Prostat Tak Semesti Gelap Masa Depan..Kaum Adam Jangan Malu Periksa Alat Sulit

MUNGKIN tidak ramai penghidap kanser prostat dan kanser testis sudi berkongsi masalah yang dialami mereka sehingga topik mengenainya kurang menjadi bualan.

Malah perkembangan penyakit yang perlahan juga mendorong penghidapnya tidak menyedari gejala yang berlaku sehingga mengakibatkan maut.

“Kanser prostat sering dikelirukan dengan hyperplasia prostat benigna (BPH) yang merupakan sejenis keadaan beningna prostat atau bengkak prostat yang selalunya berlaku dalam kalangan lelaki yang lebih berusia serta lebih banyak berlaku daripada kes kanser.

“Kanser testis pula boleh bermula daripada sebuah ketulan kecil di testis dan lebih mudah dikesan tetapi hanya jika seseorang lelaki itu selalu melakukan pemeriksaan testis kendiri secara berkala,” jelas beliau.

Ujar beliau, kedua-dua kanser ini boleh wujud tanpa sebarang simptom namun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebagai faktor risikonya seperti lelaki yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser prostat atau payudara.

Gambarajah menunjukkan perbezaan prostat yang normal dan ditumbuhi tumor.

Gambarajah menunjukkan perbezaan prostat yang normal dan ditumbuhi tumor.

Selain itu katanya, lelaki berumur 50 tahun ke atas terutamanya mereka yang mengalami lower urinary tract symptoms boleh mendapatkan rundingan doktor dan mempertimbangkan untuk melakukan ujian darah penanda tumor Prostate Specific Antigen (PSA).

“Bagi kanser testis, antara faktor risikonya ialah mereka yang mempunyai jumlah sperma yang sedikit dengan masalah kesuburan, lelaki yang mempunyai sejarah masalah testis tidak turun atau ‘undescended testis’ serta masalah genetik tertentu.

“Pemeriksaan testis kendiri adalah cara yang baik untuk mengesan sebarang kekerasan atau ketulan pada testis.

“Rawatan awal kanser prostat kini selamat dan kurang rumit dengan evolusi pembedahan robotik dan kemajuan teknologi dalam radioterapi prostat, menjadikan ia pilihan rawatan yang selalunya memberikan hasil yang baik dengan kesan sampingan yang minimal.

“Untuk kanser testis, rawatan utamanya ialah melalui pembedahan membuang testis, namun pesakit masih mempunyai testis kontralateral yang akan terus menghasilkan hormon lelaki, testosteron dan juga sperma,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Dr Selvalingam menyatakan bahawa lelaki mempunyai pilihan untuk melakukan perbankan sperma sebelum menjalani pembedahan dan ia disediakan kepada pesakit yang belum berkahwin atau ingin menambah cahaya mata.

Tambahnya, kanser testis tahap awal boleh dirawat dan tidak memerlukan kos yang tinggi berbanding kes yang sudah teruk.

Hidap Kanser Prostat Tak Semesti Gelap Masa Depan..Kaum Adam Jangan Malu Periksa Alat Sulit

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker