Kerajaan sepatutnya berunding dengan pembangkang, bukan isytihar darurat

KERAJAAN Perikatan Nasional sepatunya mengadakan perundingan dengan pembangkang sekiranya terdapat keperluan untuk mewujudkan perundangan untuk tidak melangsungkan pilihan raya ketika pandemik Covid-19 masih lagi berleluasa.

“Undang-undang sedia ada cukup untuk berdepan dengan pandemik Covid-19 jika ada keperluan meminda Perlembagaan Persekutuan untuk mengelakkan pilihan raya negeri Sarawak atau pilihan raya kecil semasa pandemik.

“Kerajaan Perikatan Nasional boleh berunding dengan pembangkang untuk mendapatkan dua pertiga majoriti. Jika ada keperluan untuk mewujudkan perundangan bagi Covid-19, kerajaan sepatutnya berunding dengan pembangkang, bukannya mengisytiharkan darurat,” kata Shafie.

Serentak itu bekas ketua menteri Sabah itu mendesak supaya darurat dihentikan agar demokrasi berparlimen dapat dikembalikan melalui rundingan damai antara pemimpin politik kerajaan dan pembangkang bagi mengelakkan pilihan raya.

“Kuasa darurat juga boleh menafikan hak dalam Perlembagaan setiap individu di negara ini secara tidak langsung juga pengumuman darurat turut memberitahu dunia bahawa Malaysia mempunyai sebuah kerajaan yang tidak stabil, justeru pelabur luar tidak berminat melabur menyebabkan ekonomi kita terjejas.

“Sehubungan ini suka saya mengingatkan bahawa komuniti perniagaan telah pun terjejas teruk akibat sekatan semasa pandemik, malah ramai yang telah kehilangan sumber mata pencarian manakala perniagaan seperti perhotelan terpaksa ditutup,” kata Shafie.

Sementara itu Shafie berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan yang dilaksanakan sebelum ini membuktikan bahawa ancaman terhadap keselamatan negara tidak wujud.

Tiga hari lalu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan pelaksanaan darurat berikutan pertambahan mendadak kes positif Covid-19.

Perkenan tersebut diberikan selepas Muhyiddin menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet dan mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan Raja-Raja Melayu.

Pengisytiharan Darurat dibuat berikutan peningkatan mendadak kes harian Covid-19 ke angka yang mencemaskan.-SM

Berunding dengan Filipina? Tidak perlu dan tidak releven – H2O

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker