Lapor ‘Top 2’ tidak dipertanding, berani atau diperguna, soal Puad

Lapor ‘Top 2’ tidak dipertanding, berani atau diperguna, soal Puad

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi mempersoalkan sama ada dua ahli Umno yang membuat laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) berhubung usul dua jawatan tertinggi dalam parti itu tidak dipertandingkan benar-benar bersifat berani atau mereka sekadar dipergunakan.

Dalam hantaran di Facebook, Puad berkata, sepatutnya “orang atas” yang membuat aduan seperti itu.

“Berani atau dipergunakan. Sepatutnya orang ataslah yang buat aduan. Itu baru berani namanya,” katanya.



“Jangan guna orang bawah, apatah lagi kalau bekas pegawai sendiri. Itu waras ke?”

Puad berkata demikian susulan bekas ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin memuji tindakan dua ahli Umno yang membuat aduan berhubung usul itu dan meminta JPPM menyiasat kemungkinan berlakunya perlanggaran perlembagaan parti.

Pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 14 Jan lepas, usul agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti yang mesti diadakan sebelum 19 Mei ini, diluluskan dengan undian suara.

Semalam, ahli Umno Terengganu Aizat Fikri Nasir dan ahli Umno Negeri Sembilan Fiqri Firdaus membuat laporan kepada JPPM dan meminta siasatan dijalankan, mendakwa usul berkenaan melanggar Artikel 10 perlembagaan parti.



Susulan itu, Khairy memuji kedua-dua ahli Umno itu, dengan berkata tindakan mereka menunjukkan masih ada ahli parti berkenaan yang berani dan waras. FMT

Lapor ‘Top 2’ tidak dipertanding, berani atau diperguna, soal Puad

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker