Usul tak tanding ‘top 2’, Ahmad Maslan, peguam Umno akan bertemu JPPM

Usul tak tanding ‘top 2’, Ahmad Maslan, peguam Umno akan bertemu JPPM

Umno bersama barisan peguam parti itu akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada waktu terdekat bagi menjelaskan proses pengundian usul tidak dipertandingkan jawatan ‘top 2’.

Ahmad Maslan selaku setiausaha agung parti akan mengetuai perjumpaan berkenaan.

Katanya, pertemuan itu bagi membuat penjelasan berhubung proses Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 dan pengundian dijalankan secara teratur dan mengikut peraturan serta perlembagaan parti.

Ahli Parlimen Pontian itu, berkata Peraturan 2.1 Persidangan Umno menetapkan jika ada berbangkit sebarang masalah (ketika persidangan), maka pengerusi tetap berkuasa membuat keputusan dan keputusannya itu adalah muktamad.

“Pemberian kuasa kepada pengerusi tetap ini adalah bagi memastikan perjalanan PAU adalah teratur, namun tidaklah terlalu mengikat perwakilan kerana matlamat perhimpunan agung membincangkan dan memutuskan isu-isu berkenaan dasar parti seperti mana diperuntukkan di bawah Fasal 8.3.1 Perlembagaan Umno,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan dua ahli Umno mendesak JPPM meneliti laporan persidangan PAU 2022 mengandungi usul tambahan berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertanding pada pemilihan akan datang, yang didakwa bertentangan dengan perlembagaan parti.

Semalam, aduan kepada JPPM di buat ahli Umno Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli Umno Negeri Sembilan, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom.

Mereka mendakwa usul berkenaan tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan Umno serta peraturan persidangan bahagian dan cawangan.

Ahmad turut menyertakan kenyataan peguam Umno yang antara lain menjelaskan pencadang usul tambahan (wakil Umno Negeri Sembilan, Mohd Shukri Shamsudin) mencadangkan pindaan dengan menambah usul kelapan menggunakan Peraturan Persidangan 20.3.3.

Berdasarkan peraturan persidangan itu, ‘sesuatu masalah, apabila dikemukakan (semula) oleh pengerusi, bolehlah dipinda menurut semua atau mana-mana jua cara yang tersebut di bawah: Dengan dimasukkan atau ditambah perkataan-perkataan lain.”

Katanya, pengerusi tetap pada ketika itu sudah mengambil keputusan membenarkan pindaan tambahan itu dengan syarat penyokong usul (Terengganu) menyokong seperti mana di bawah Fasal 21.1 Peraturan Persidangan.

Keputusan pengerusi tetap itu adalah satu keputusan muktamad mengikut Peraturan Persidangan 2.1.

Kenyataan, peguam Umno itu menyebut ketika tempoh perbahasan, diadakan forum untuk pembahas membahaskan persetujuan atau tidak terhadap pindaan tambahan itu bagi perwakilan untuk mempertimbangkan berkenaan usul-usul itu.

“Terpenting, pucuk pangkalnya, boleh dikatakan lebih daripada 90% perwakilan bersetuju dengan pindaan tambahan itu dengan mengangkat tangan, menyatakan persetujuan malahan mereka berdiri.

“Pengundian ini dijalankan seperti mana Peraturan Persidangan 27.5 iaitu…. setelah tamat perbahasan dengan suara setuju atau tidak dengan mengangkat tangan dan keputusan itu hendaklah diumumkan oleh pengerusi,” katanya.

Ahmad berkata, usul pindaan sudah pun menjadi ketetapan PAU yang perlu dituruti setiap ahli UMNO. FMT

Usul tak tanding ‘top 2’, Ahmad Maslan, peguam Umno akan bertemu JPPM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker