Pandangan ulama terhadap darah haid dan bila wanita dihukum baligh

Pandangan ulama terhadap darah haid dan bila wanita dihukum baligh

Untungnya wanita, Allah mengurniakan wanita dengan rahim yang mampu memberikan zuriat sebagai penyambung keturunan. Namun tidak semua wanita mempunyai rahim. Ada segelintir wanita tidak mampu untuk melahirkan zuriat kerana tidak memiliki rahim.

Bagi wanita yang mempunyai rahim, mereka pastinya akan mengalami empat proses pendarahan yang dikeluarkan berpunca daripada rahim wanita. Empat darah tersebut dikenali dengan nama darah haid, istihadhah, wiladah dan juga nifas. Namun setiap orang mengalami situasi yang berbeza mengikut hormon masing-masing.



Menurut Pensyarah Jabatan Syariah, Akademi Islam Kolej Universiti Islam Selangor, Noor Syahida Abdul Rahman, dalam hal berkaitan dengan darah ini, terdapat pelbagai pandangan dan perbezaan mengikut mazhab.

Haid tanda baligh

Adapun dari segi istilah ahli Fiqh, ia adalah darah yang mengalir keluar dari kemaluan wanita dari dalam rahimnya (uterus) kerana semulajadi dan bukan kerana penyakit atau kerana selepas melahirkan anak. Keluarnya pada masa tertentu apabila seorang wanita telah mencapai umur tertentu.

Manakala dari sudut syarak pula para fuqaha’ berbeza dalam memberikan takrifan mengenai haid namun mempunyai maksud yang sama iaitu darah kekuningan dan kepekatan yang keluar melalui faraj dan ia berlaku setiap bulan dan kebiasaannya boleh menyebabkan mengandung.



Wanita yang didatangi haid tergolong dalam orang yang berhadas dan dilarang melakukan sembilan perkara seperti solat, berpuasa, tawaf, di jatuhkan talak, membaca, memegang dan membawa al-Quran, bersetubuh, berseronok bersama isteri dan beriktikaf dalam masjid.

Tempoh darah haid biasanya terjadi paling singkat satu hari dan paling lama sehingga 15 hari. Dalam tempoh tersebut, jika masih keluar darah haid, maka sembilan larangan tersebut perlu diikuti.

Tambahnya lagi, orang Yahudi, Kristian dan Jahiliyah melayan wanita ketika haid dengan cara yang berbeza. Ada antara mereka meletakkan isteri mereka di luar rumah dan ada pula yang tidak tidur dan makan bersama isteri kerana menganggap ia sebagai sesuatu yang kotor. Malah segelintir mereka bersetubuh dengan isteri walaupun ketika haid.

Haid berlaku apabila jelas dan nyata darah keluar dari kemaluan wanita. Sekiranya seseorang wanita merasai darah yang masih dalam kemaluan tanpa ia keluar dengan sendiri, maka keadaan itu tidak dianggap haid.



Hal ini pernah berlaku kepada seorang wanita sehingga dia bertanya kepada Saidatina Aisyah r.a,

“Pernah seorang wanita menyalakan lampu pada waktu malam untuk melihat darah dalam kemaluannya.” Maka Saidatina Aisyah berkata, “Semasa Rasulullah s.a.w, kami tidak ditaklifkan (diperintahkan) berbuat demikian, cukup hanya dengan menyentuh darah.”

Menyentuh darah tidak berlaku melainkan setelah darah itu keluar dari kemaluan.

Setiap darah yang keluar dari rahim wanita mempunya tempoh-tempoh yang tertentu. Dalam persoalan haid, Imam al-Syafi’e, Hanafi dan Hambali berpendapat umur bagi seorang wanita yang mengalami haid sekurang-kurangnya sembilan tahun qamariah.



Hal ini jelas terbukti sebagaimana yang disebut oleh Aisyah r.a dan diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar Marfu,

“Apabila kanak-kanak genap sembilan tahun, dia dianggap wanita.”

Pada zaman dahulu, usia sembilan tahun merupakan waktu yang sesuai untuk wanita mengandung, melahirkan anak serta mendidiknya. Dan menurut Imam Syafi’e, wanita paling awal datang haid ialah Tuhamah ketika berusia sembilan tahun.

Kerana itu juga, apabila keluarnya darah haid ketika umur sembilan tahun dan ke atas itu menandakah kanak-kanak itu sudah baligh. Bagi mereka yang tidak datang darah haid sehingga umur 18 tahun, Jumhur Ulama menentukan umur akhir baligh mereka dikira apabila cukup umur 15 tahun.



Manakala jika darah yang keluar pada kemaluan kanak-kanak sebelum umur sembilan tahun, darah tersebut tidak dikira sebagai darah haid, tetapi dianggap sebagai darah istihadah atau darah penyakit.

Bagi ibu-ibu yang mengandung, ketika sedang mengandung darah haid tidak akan keluar selama sembilan bulan. Hebatnya kuasa Allah, dikatakan bahawa darah haid selama sembilan bulan itu berubah menjadi zat kepada bayi dalam kandungan melalui tali pusat dan disalurkan kepada bayi. Oleh sebab itu juga mereka tidak datang haid. Wallahu a’lam Utv

Pandangan ulama terhadap darah haid dan bila wanita dihukum baligh

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misteri Penunggu Pulau Kecil Di Tepi Jambatan Pulau Pinang

Miss Universe Cemas Diekori Pak Lebai – “Nampak Dia Calit Sesuatu Di Leher, Macam Minyak”

Pasangan kekasih dikejar 10 MPV sejauh 130km

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker