Kementerian Pertahanan batal 5 perolehan terdahulu

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan

PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan membatalkan lima perolehan yang melibatkan bekalan, perkhidmatan serta projek infrastruktur terdahulu bagi mengelak berlaku ketirisan terhadap proses berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian berkata, kelima-lima perolehan berkenaan sebaliknya akan dilaksanakan secara tender terbuka selaras dengan dasar kerajaan pada masa ini yang mengutamakan ketelusan dan “value for money”.

“Untuk makluman, Kementerian Pertahanan telah melaksanakan perolehan aset secara tender terbuka seperti mana keperluan bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Bermula 2023, lima perolehan melibatkan bekalan dan perkhidmatan serta projek infrastruktur telah dibatalkan dan akan dilaksanakan secara tender terbuka,” kata kenyataan itu.

Katanya, Kementerian Pertahanan mengambil perhatian serius kenyataan perdana menteri yang juga Menteri Kewangan Anwar Ibrahim mengenai ketirisan perbelanjaan yang disampaikan pada Majlis Dialog Belanjawan Kerajaan 2023 di Putrajaya, Selasa lalu.

“Justeru, sebarang ketirisan dan salah laku sepanjang proses tersebut adalah sesuatu yang tidak akan sesekali dikompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan tindakan salah laku demi kepentingan peribadi.

“Kementerian ini juga tidak akan teragak-agak untuk melaporkan sebarang ketirisan dan ketidaktelusan terhadap proses perolehan tersebut kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misteri Penunggu Pulau Kecil Di Tepi Jambatan Pulau Pinang

Miss Universe Cemas Diekori Pak Lebai – “Nampak Dia Calit Sesuatu Di Leher, Macam Minyak”

Pasangan kekasih dikejar 10 MPV sejauh 130km

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker