Identiti mayat dikerat enam masih teka teki

Identiti mayat dikerat enam masih teka teki

Identiti mayat yang ditemui dalam keadaan dipotong enam di tepi jalan Kilometer (KM) 447, Lebuhraya Utara Selatan, kelmarin masih menjadi teka teki dan belum dapat dikenal pasti sehingga kini.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi, berkata polis kini masih berusaha untuk mengenal pasti identiti mangsa serta penjenayah yang melakukan perbuatan itu.

Katanya, hasil bedah siasat menganggarkan mangsa sudah meninggal dunia kira-kira 12 jam sebelum mayatnya ditemui.



“Polis sehingga kini belum menemui sebarang petunjuk mengenai identiti mangsa dan pada masa sama, tiada mana-mana pihak yang ada kehilangan ahli keluarga atau kenalan tampil membuat laporan berkaitan kes ini.

“Siasatan untuk mengenal pasti identiti mangsa sedang dijalankan termasuk meneliti laporan kes orang dilaporkan hilang sebelum ini dan kita mohon mana-mana pihak yang ada kehilangan ahli keluarga atau kenalan supaya tampil untuk bantu siasatan.

“Berdasarkan bedah siasat, mayat juga didapati tidak mempunyai kesan suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG), maka kemungkinan besar ia warga asing. Justeru, kita juga mungkin akan memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengenal pasti identiti mangsa,” katanya di sini, hari ini.

BH sebelum ini melaporkan proses bedah siasat yang dijalankan semalam mendapati, mangsa adalah seorang lelaki bukan warga negara Malaysia dan bukan beragama Islam.



Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, semalam dilaporkan berkata pihaknya sudah merakam percakapan seorang individu bagi membantu siasatan kes penemuan mayat berkenaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti identiti sebenar mangsa dan mengesan saksi yang boleh membantu siasatan.

“Hasil laporan awal bedah siasat mendapati kematian mangsa adalah berpunca daripada hentakan benda tajam dan tumpul atau ‘multiple blunt and sharp injury’,” katanya. BH

Identiti mayat dikerat enam masih teka teki



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misteri Penunggu Pulau Kecil Di Tepi Jambatan Pulau Pinang

Miss Universe Cemas Diekori Pak Lebai – “Nampak Dia Calit Sesuatu Di Leher, Macam Minyak”

Pasangan kekasih dikejar 10 MPV sejauh 130km

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker