Polis buru Agnes Cheong, hina agama dan institusi diraja

Polis buru Agnes Cheong, hina agama dan institusi diraja

Nilai: Polis sedang mengesan seorang pemilik akaun Agnes Cheong yang disyaki memuatnaik hantaran menyentuh sensitiviti agama, kaum dan menghina institusi diraja.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan jam 6 petang semalam mendakwa melihat hantaran berkenaan di Facebook.



“Pengadu mendakwa ketika melayari aplikasi Facebook, dia mendapati satu hantaran oleh pemilik akaun yang dikenali sebagai Agnes Cheong yang menyentuh isu sensitif sekitar November tahun lalu,

“Pemilik akaun menulis perkataan serta menampilkan gambar yang menyentuh isu sensitif seperti agama, perkauman dan kerabat diraja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek menggelarkan anjingnya yang sedang menerima pingat sebagai ‘Datuk Wira’.

“Dia juga membuat satu lagi hantaran Facebook yang bertarikh 1 Disember yang mana menampilkan gambar seekor anjing yang sedang memakai tudung serta menggambarkan anjing itu sebagai seorang Melayu,” katanya.



Justeru beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Nilai membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multi Media (AKMM) 1998.

“Hasil siasatan mendapati hantaran itu sudah dipadam. Pihak polis sedang berusaha mengesan pemilik akaun untuk siasatan lanjut.

“Pihak polis menasihatkan supaya orang awam tidak memuatnaik ataupun membuat

hantaran di media sosial yang boleh menimbulkan kegusaran sehingga menyebabkan rasa tidak aman,” katanya. HM



Polis buru Agnes Cheong, hina agama dan institusi diraja

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nikita Mirzani tetap solat Subuh walaupun mengaku berzina dengan teman lelaki



Dipaksa makan daging babi, dirogol jika ‘scammer’ gagal capai sasaran jualan

Anak artis wanita popular dihukum penjara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker