PAS mimpi di siang hari nak tawan Selangor – PKR

PAS mimpi di siang hari nak tawan Selangor – PKR

PKR Selangor menyifatkan kenyataan PAS Selangor yang begitu yakin mampu menawan Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi umpama bermimpi di siang hari.

Timbalan Pengarah Komunikasi PKR Selangor, Adzman Kamaruddin, mendakwa kemenangan PAS di enam kerusi Parlimen negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), baru-baru ini hanyalah kerana kempen berasaskan fitnah sentimen perkauman dan agama.

“Daripada parti tin milo, kini mampu berbelanja besar sehingga beratus juta ringgit daripada sumber yang meragukan untuk membayar ‘influencer’ (pempengaruh) berkempen di media sosial pada PRU15 khususnya TikTok.

“Maka, tidak hairanlah dakyah songsang PAS tersebar begitu pantas mempengaruhi pengundi yang cetek pengetahuan mengenai politik dan agama.

“PKR Selangor optimis peluang mengekalkan negeri ini pada PRN akan datang berdasarkan prestasi semasa kerajaan negeri khususnya dari segi soal kebajikan, pembangunan infrastruktur dan modal insan.

“Lihat perbandingan negeri Selangor dengan Kelantan atau Terengganu. Itulah batu asas untuk mengukur sejauh mana kecekapan pasukan pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Malah Adzman berkata, prestasi menakjubkan di peringkat Persekutuan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merangkap Presiden PKR, yang bekerja keras tanpa gaji juga dilihat dapat mempengaruhi sentimen rakyat.

“Rakyat akhirnya sedar bahawa apa yang dimomokkan PAS selama ini hanyalah dusta belaka.

“Dunia mengiktiraf kebangkitan Malaysia, ramai yang terpaksa menahan diri dan kagum melihat Kerajaan Perpaduan melakukan apa yang gagal dilakukan PAS selama lebih 30 bulan berada di Putrajaya,” katanya.

Selain itu, katanya, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, baru-baru ini mengumumkan peruntukan RM100 juta untuk memperbaiki dan kerja melebarkan jalan di seluruh negeri.

“Ini menunjukkan tekad kerajaan negeri mengurus kemudahan asas terbaik untuk rakyat, supaya tidak menjadi model permukaan ‘Planet Marikh’ seperti yang berlaku di Kelantan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, sebanyak 42 program Iltizam Selangor Penyayang tahun lalu, memberi manfaat besar buat rakyat Selangor, termasuk mereka yang berhijrah dari negeri ditadbir PAS kerana kegagalan menyediakan peluang pekerjaan. BH

PAS mimpi di siang hari nak tawan Selangor – PKR

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nikita Mirzani tetap solat Subuh walaupun mengaku berzina dengan teman lelaki

Dipaksa makan daging babi, dirogol jika ‘scammer’ gagal capai sasaran jualan

Anak artis wanita popular dihukum penjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker