Ahli Politik Perempuan Di Afghanistan Yang Selalu Mengkritik Taliban Ditembak Mati

Ahli Politik Perempuan Di Afghanistan Yang Selalu Mengkritik Taliban Ditembak Mati

Polis melaporkan bahawa bekas anggota parlimen Afghanistan, Mursal Nabizada, dan seorang pengawal peribadi ditembak mati di kediamannya di Kabul oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali, lapor ToloNews.

Polis yang masih menyiasat motif tembakan berkata bahawa adik Nabizada dan seorang lagi pengawal keselamatan cedera dalam serangan itu. Mereka juga diberitahu bahawa mangsa tidak mempunyai musuh. Bagaimanapun, seorang pengawal keselamatan dikatakan melarikan barang kemas dan wang dari rumah Nabizada.



“[Nabizada] tidak pernah menghadapi masalah dengan sesiapa pun. Saya tidak tahu sama ada motifnya berunsur politik atau tidak, tetapi setahu saya dia tidak mempunyai musuh,” kata kakak mangsa.

Wanita berusia 30 tahun itu adalah salah seorang bekas pegawai pentadbiran terdahulu yang memilih untuk tinggal di Afghanistan selepas Taliban merampas Kabul pada 2021.

Semasa hayatnya, Nabizada terkenal aktif memperjuangkan keamanan dan berani mengkritik Taliban. Beliau berkhidmat sebagai ahli parlimen pada 2019, pada masa yang sama beliau adalah ahli suruhanjaya pertahanan parlimen di Kabul. Vc

Ahli Politik Perempuan Di Afghanistan Yang Selalu Mengkritik Taliban Ditembak Mati



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nikita Mirzani tetap solat Subuh walaupun mengaku berzina dengan teman lelaki



Dipaksa makan daging babi, dirogol jika ‘scammer’ gagal capai sasaran jualan

Anak artis wanita popular dihukum penjara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker