Noh bimbang peluang Umno berdepan PRN 6 negeri

Noh bimbang peluang Umno berdepan PRN 6 negeri

Bekas Ketua Umno Selangor Noh Omar menyatakan kebimbangan mengenai peluang parti itu berdepan pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri susulan keputusan tiada pertandingan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden.

Perhimpunan Agung Umno minggu lalu meluluskan usul jawatan Ahmad Zahid Hamidi selaku presiden dan timbalannya, Mohamad Hasan tidak akan dipertandingkan.



“Saya amat bimbang pengundi-pengundi di enam negeri ini, akan menolak calon-calon dari Umno,” katanya.

Dalam hantaran Facebook, Noh turut mengecam tindakan Umno menggunakan alasan tidak mahu parti berpecah maka pindaan perlembagaan dibuat agar pemilihan diadakan enam bulan selepas PRU15.

“Akhirnya, Umno tinggal 26 kerusi Parlimen,” katanya.

Sementara itu, Noh mendedahkan beliau tidak mengundi menyokong usul dua jawatan utama tidak dipertandingkan kerana bimbang langkah terbabit memberi kesan negatif terhadap demokrasi dalam parti.



Noh turut bimbang pengundi muda mungkin menjauhkan diri apabila “melihat demokrasi semakin mati di dalam Umno” selepas ada pemimpin sayap Pemuda mendakwa mereka digugurkan sebagai pembahas, pada PAU lalu.

Noh meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno Selangor selepas hilang kepercayaan terhadap Zahid kerana prestasi buruk parti itu pada PRU15 yang hanya menang di 26 kerusi Parlimen.

Ketika itu, beliau turut menggesa Zahid melepaskan jawatan presiden. FMT

Noh bimbang peluang Umno berdepan PRN 6 negeri



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak Ira Kazar sindir Puteri Sarah



Puteri Sarah fail perceraian pagi ini

Dron pelancong China langgar Menara Merdeka 118



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker