Kenapa Ustaz Wadi perlu bawa peguam – JAIPs

Ini bukan kes mahkamah, kita hanya perlu keterangan beliau seorang sahaja - JAIPs

Kenapa Ustaz Wadi perlu bawa peguam – JAIPs

Kangar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) menegaskan tiada keperluan untuk peguam kepada penceramah bebas Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub berada bersama anak guamnya dalam sesi beri keterangan hari ini.

Sesi berkenaan yang sepatutnya berlangsung bermula jam 10.30 pagi hari ini bagaimanapun gagal dijalankan kerana penceramah yang lebih dikenali sebagai Ustaz Wadi Annuar dan peguamnya didakwa ‘menghilang diri’ di pejabat JAIPs.

Pengarah JAIPs, Najmuddin Abdul Karim berkata, proses berkenaan tidak dapat dijalankan kerana Ustaz Wadi Annuar dipercayai pulang ke Kompleks Pendidikan MATIN di Kangar.

“Kita (JAIPs) tidak dapat ambil keterangannya kerana dia menghilang diri dan dipercayai sudah pulang ke Kompleks Pendidikan MATIN di Kangar.

“Memang kita hendak ambil keterangan beliau tetapi kita hanya mahukan beliau seorang sahaja yang berada di premis kita dan tiada keperluan untuk peguamnya hadir sekali kerana ini bukannya perbicaraan mahkamah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kehadiran peguam pendakwah berkenaan ke dalam premis JAIPs juga diberikan atas budi bicara pegawai penyiasat JAIPs.

“Peguam dia dibenarkan masuk pun atas budi bicara pegawai penyiasat kita tetapi kita lihat peguamnya tetap berkeras untuk berada bersama anak guamnya sehingga proses mengambil keterangan itu terganggu.

“Memanglah dia (Ustaz Wadi Annuar) kata sebelum ini dia pernah ke Bukit Aman untuk siasatan sambil ditemani peguamnya dan tiada masalah mengenai sesi itu tetapi itu adalah kes lain.

“Walhal, kita di sini bukan nak soal siasat sangat dia tetapi lebih kepada hendak merekodkan keterangan dia berhubung kejadian tempoh hari dan mengapa perlu ada peguam bersama.

“Dalam hal ini juga, kita terikat dengan budi bicara pegawai penyiasat (JAIPs) sama ada dia benarkan atau tidak kehadiran peguam berkenaan ke premis kita,” katanya.

Najmuddin berkata, setakat ini pihaknya masih belum membincangkan lagi penjadualan semula kehadiran Ustaz Wadi Annuar bagi diambil keterangannya.

Pada 28 Mac lalu, sekitar 800 hingga 1,000 orang menghadiri program Solat Terawih dan Sembang Santai Bersama Ustaz Wadi Annuar yang diadakan tanpa mendapat tauliah daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Anggota penguatkuasa JAIPs yang tampil ingin bertemu dengan Ustaz Wadi Annuar untuk mengambil keterangannya selepas majlis itu bagaimanapun dihalang oleh ratusan hadirin termasuk pendakwah bebas, Ahmad Husam Baderudin yang berada di kompleks berkenaan. HM

Kenapa Ustaz Wadi perlu bawa peguam – JAIPs

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Curang, Farid sindir Diana ke?

Adira ditegur pakai baju cantik tapi dada….

Jimin BTS Photobomb Video Zahirah Macwilson [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker