200 warga asing mogok tidak puas hati isu gaji dan jadual kerja

200 warga asing mogok tidak puas hati isu gaji dan jadual kerja

BENTONG – Tidak berpuas hati dengan gaji dan jadual kerja dikenal pasti menjadi punca sekumpulan warga asing mengadakan mogok di pekarangan Amber Court di Genting Highlands pada 2 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, seramai kira-kira 200 orang warga asing didapati berkumpul dan mengadakan mogok di pekarangan Amber Court kira-kira pukul 8 pagi.



“Pihak polis telah memberi amaran kepada ‘ketua’ yang mengetuai mogok ini supaya bersurai dan tidak melakukan kacau ganggu di tempat awam namun amaran awal polis tidak diendahkan semua warga asing.

“Pihak polis terpaksa menahan (dua) ‘ketua’ kumpulan tersebut namun cuba bertindak agresif dan tidak memberi kerjasama,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zaiham kedua-dua lelaki berkenaan dibawa ke balai polis Genting Highlands untuk dokumentasi dan siasatan lanjut.

Katanya, polis berjaya mengawal keadaan dan menasihatkan pengurusan dan kumpulan yang melancarkan mogok untuk berbincang serta tidak menimbulkan sebarang kekecohan dan mengganggu ketenteraman awam.



“Polis memohon kerjasama daripada semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan perkara ini telah diselesaikan oleh pihak pengurusan serta pekerjanya secara baik atas nasihat polis,”ujarnya. K Online

200 warga asing mogok tidak puas hati isu gaji dan jadual kerja

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk

Pemukiman Jemaah Menteri: Kementerian diterajui Mat Sabu dapat markah tercorot



Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker