RCI buku Thomas bukan nak balas dendam – Azalina

RCI buku Thomas bukan nak balas dendam – Azalina

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap memoir Tommy Thomas bukan untuk mencari kesalahan atau melancarkan pembalasan dendam politik terhadap bekas peguam negara itu, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Azalina Othman Said.

“Ini bukan suruhanjaya diraja untuk menyalahkan, menghukum atau memenjarakan. Saya telah menyebut dalam kenyataan saya bahawa tiada siapa yang mencari kesalahan sesiapa,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

“Macam mana nak balas dendam kalau awak tak tahu (apa perkara yang) hendak dibalas dendam itu?”



Kerajaan dikritik kerana memulakan RCI terhadap memoir Thomas ‘My Story: Justice in the Wilderness’ kerana sesetengah pihak berkata kerajaan perpaduan sebaliknya perlu memberi tumpuan pembaharuan institusi manakala yang lain mendakwa ini merupakan politik balas dendam.

Bagaimanapun, Azalina berkata RCI merupakan saluran yang lebih baik untuk melihat buku Thomas berbanding pasukan petugas khas.

Memetik afidavit Thomas yang difailkan di Mahkamah Tinggi awal bulan ini, Azalina menegaskan Thomas sendiri menyoal kesahihan pasukan petugas itu.

RCI lagi bagus dari pasukan petugas



“Jadi, bagi saya, saya secara peribadi berpendapat bahawa RCI adalah lebih baik daripada pasukan petugas, dan idea keseluruhannya adalah untuk melihat gambaran yang lebih luas (mengenai isu yang berkaitan dengan memoir Thomas),” katanya.

“RCI adalah struktur yang lebih baik kerana anda memberi sikap bersangka baik terhadap pihak berkenaan dan membenarkan mereka membela diri,” katanya.

RCI mungkin mengeluarkan cadangan pembaharuan institusi, termasuk pemisahan peguam negara dan pendakwa raya, katanya.

“Biar RCI berdiri dengan sendiri dan mengemukakan terma rujukan kepada Yang di-Pertuan Agong,” tambah Azalina.



Memoir Thomas merangkumi tugasnya sebagai peguam negara dari 2018 hingga 2020. Antara lain, dia membincangkan pelantikan hakim, dakwaan campur tangan eksekutif dalam badan kehakiman dan dakwaan pendakwaan terpilih.

Pasukan petugas khas, yang ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada Oktober 2021 untuk meneliti pendedahan yang dibuat dalam buku Thomas, mencadangkan perkara itu ditangani oleh RCI.

Pasukan petugas itu mengesyorkan supaya Thomas disiasat kerana menghasut dan melanggar undang-undang kerahsiaan kerajaan.

Pasukan petugas itu turut mencadangkan supaya Thomas sendiri campur tangan dalam pelantikan kehakiman.

Sementara itu, Thomas berusaha untuk membatalkan laporan itu, dengan alasan bahawa pasukan petugas tersebut merupakan badan yang tidak sah. Mk

RCI buku Thomas bukan nak balas dendam – Azalina

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk

Pemukiman Jemaah Menteri: Kementerian diterajui Mat Sabu dapat markah tercorot

Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker