Rogol, amang seksual pelajar, bekas pengetua mengaku tak salah

Rogol, amang seksual pelajar, bekas pengetua mengaku tak salah

Seorang bekas pengetua mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 13 pertuduhan berkomunikasi secara seksual, melakukan amang seksual dan rogol, pelajarnya sekitar 2020 dan 2021.

Rosli Abd Rahman, 58, bagaimanapun pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan lelaki itu didakwa melakukan kesemua perbuatan itu ke atas mangsa sama yang ketika kejadian berusia 16 tahun, di sekitar daerah Kuala Terengganu dan Marang antara Nov 2020 hingga Nov 2021, lapor Bernama.

Sehubungan itu Rosli berhadapan lima pertuduhan mengikut Seksyen 376 (2)(f) Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol, dan empat pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTKK) 2017.

Tertuduh turut berhadapan dua pertuduhan mengikut Seksyen 11 (a); satu pertuduhan di bawah Seksyen 14 (c); dan satu pertuduhan Seksyen 14 (d) AKSTKK 2017 yang boleh membawa kepada penjara maksimum 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Nooriah Osman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 20 Feb untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad. FMT

Rogol, amang seksual pelajar, bekas pengetua mengaku tak salah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk

Pemukiman Jemaah Menteri: Kementerian diterajui Mat Sabu dapat markah tercorot

Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker