Nabila kasi ‘warning’ kepada Atu Zero

Nabila kasi ‘warning’ kepada Atu Zero

Kerap disindir ketika mengadakan persembahan secara langsung, penyanyi Nabila Razali tidak lagi peduli dengan kata sinis, sebaliknya memaafkan sesiapa sahaja.

Terbaharu, pemilik nama lengkap, Nur Nabila Mohd Razali itu sekali lagi menjadi mangsa sindiran apabila pelawak Atu Zero dilihat memperlekehkan bakat nyanyian dimilikinya.



Atu menerusi program The Masked Singer yang disiarkan baru-baru ini, menyifatkan Nabila tidak memiliki kemampuan menyanyi secara langsung.

Bagaimanapun, Nabila berkata, dia tidak mahu mengulas lebih lanjut berhubung isu berkenaan, biarpun jauh di sudut hati timbul sekelumit rasa terkilan.

“Sudah tentu saya terasa hati. Tetapi, saya juga sudah meletakkan isu ini jauh dan tidak mahu memikirkannya lagi.

“Saya maafkan sesiapa sahaja yang pernah menyindir saya. Ia bukanlah isu besar, tetapi mungkin ketika itu saya agak terkejut sebab datang daripada rakan industri.



“Kami mencari rezeki dalam bidang sama. Jadi, sekarang adalah masa terus melangkah ke hadapan,” katanya kepada BH Online.

Namun, Nabila berharap, berhati-hatilah dalam menjaga tutur kata.

“Kerja kecam mengecam biarlah netizen buat, bukannya rakan dalam industri. Kerana kalau kita sendiri buat, orang ramai pasti ikut.

“Bagi saya, kita perlu menunjukkan contoh yang baik sebagai orang berpengaruh. Bukannya bersikap sama naik mengecam seperti netizen.



“Saya berharap rakan industri tidak bertindak sama seperti netizen,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran single duet terbaharu, Selagi Ku Ada bersama Khai Bahar, semalam.

Mengulas kewajaran stesen televisyen (TV) membuat tapisan kandungan sebelum disiarkan, Nabila berkata, dia berharap perkara itu dapat dipertimbangkan dan dinilai dengan lebih baik.

“Saya fikir stesen TV ada pilihan sama ada mahu siarkan atau tidak mengenai kandungan kurang baik.

“Tetapi, siapalah saya mahu menghalang. Saya juga baru sahaja berjinak-jinak dalam industri.



“Siapalah saya untuk meminta mereka padamkan bahagian itu. Sebagai manusia, sebelum buat sesuatu kita perlu fikir apa akibat yang bakal diterima.

“Jangan main cakap lepas sahaja sebab apa yang diperkatakan tidak boleh ditarik semula,” katanya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Cemburu itu menjelaskan, dia sudah memaafkan Atu dan tidak mahu menoleh ke belakang lagi.

“Cukuplah saya dan Atu sahaja yang tahu bahawa saya sudah memaafkannya. Saya tidak mahu perkara ini berpanjangan kerana isu kecil sahaja.



“Sekarang 2023, kenalah ubah corak pemikiran. Kita perlu terus melangkah ke hadapan,” katanya.

Terdahulu, Nabila memuat naik hantaran di Instagram Story (IGs) berikutan tindakan Atu yang memberi komen kepada salah seorang peserta program The Masked Singer, Si Bulu Tangkis yang menyanyikan lagu Pematah Hati.

Atu menerusi komen spontan menyatakan individu dalam kostum berkenaan bukanlah Nabila kerana penyanyi itu tidak boleh menyanyi secara langsung dengan baik.

Tindakan Atu ternyata mengejutkan beberapa juri dalam program berkenaan sebelum bangkit untuk menegaskan komen dilakukan tidak salah.



Nabila kasi ‘warning’ kepada Atu Zero

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin

Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu

Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker