Isu gaji minimum: Kerajaan disifatkan sebagai pengecut, Ismail Sabri lebih berani

 

Penangguhan pelaksanaan perintah gaji minimum (PGM) bagi syarikat yang menggajikan kurang daripada lima pekerja ke Julai 2023 mendapat tentangan daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Dalam kenyataannya hari ini MTUC berkata tindakan diambil Kementerian Sumber Manusia (KSM) itu jelas merupakan penganiayaan kepada pekerja kategori bawah.



Apatah lagi, katanya, perkara itu diputuskan tanpa berbincangkan dengan persatuan sekerja yang berkaitan.

“Tindakan ini menunjukan bahawa kerajaan tidak menghormati pekerja dalam membuat keputusan dasar bagi golongan pekerja.

“MTUC cukup kecewa dengan keputusan ini dan menganggap ia suatu penganiayaan kepada pekerja dalam kalangan B40,” katanya.

Menteri Sumber Manusia V Sivakumar dalam kenyataannya hari ini berkata keputusan menangguhkan PGM itu dibuat setelah kerajaan mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan yang dijangka menghadapi cabaran ekonomi serta kewangan pada 2023.



Mengulas lanjut, MTUC berkata pihaknya yakin dengan reformasi yang ingin dilaksanakan kerajaan, namun keputusan dibuat KSM telah merentap keyakinan mereka.

“Reformasi prosedur perlaksanaan sesuatu dasar perlu disemak kerana perbincangan perlu di buat melalui Majlis Penasihat Tenaga Kerja Nasional (NLAC) supaya kebajikan pekerja terjaga.

“Kepimpinan kerajaan baru perlu melakukan reformasi sikap dan prosedur kerja apabila melibatkan faedah pekerja bawahan kerana pekerja sangsara atas kenaikan kos barangan.

“Bagaimanapun, perlaksanaan yang sepatutnya berlaku lima hari lagi sungguh memilukan.Tiada kata-kata bagi MTUC untuk mengambarkan kekecewaan,” tambahnya.



 

Ismail Sabri lebih berani

Sementara itu, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam kenyataan berasingan turut senada dengan MTUC dan menyifatkan kerajaan sebagai pengecut apabila bertindak sedemikian.

Timbalan Pengerusi PSM, S Arutchelvan, berkata keputusan tersebut jelas tidak boleh diterima kerana majikan telah diberikan tempoh yang cukup bagi melaksanakan PGM.



“Sebelum ini kumpulan pekerja telah dijanjikan gaji minimum pada Jan 2023 dan majikan diberi kelonggaran yang cukup supaya mereka boleh mematuhinya.

“Kini janji (Perdana Menteri) Anwar Ibrahim untuk membantu B40 gagal.

“Potongan gaji 20 peratus barisan menteri hanya lakonan kerana seorang menteri atau perdana menteri mendapat gaji RM15,000 hingga ke RM20,000 dan memotong gaji 20 peratus bukanlah masalah besar jika dibandingkan dengan menafikan pekerja mendapat gaji RM1,500,” katanya.

Tambahnya, kerajaan juga harus memberi subsidi kepada pekebun kecil dengan membayar kadar gaji minimum dan bukan menangguhkan gaji mereka selama enam bulan lagi.



“Nampaknya Ismail Sabri Yaakob (perdana menteri sebelum ini) dan M Saravanan (menteri sumber manusia terdahulu) sekurang-kurangnya lebih berani membantu pekerja,” katanya.

Sebelum ini PGM 2022 berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022 dengan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.

Bagi majikan yang menggajikan kurang dari lima orang pekerja pula, mereka diberi pengecualian.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker