Resepi rendang ayam cili api meletop raya

Resepi rendang ayam cili api meletop raya

RENDANG salah satu sajian kemestian di Aidil Fitri. Ada bermacam jenis rendang yang popular mewakili negeri-negeri di serata Malaysia misalnya seperti rendang Tok dari Perak, rendang rempah kari Johor dan paling sedap rendang cili api Negeri Sembilan.

Menggunakan santan kelapa, campuran pelbagai rempah khas yang dikisar iaitu seperti cili, serai, lengkuas, kunyit, halia, bawang putih, bawang merah dan aneka rempah ratus, setiap suapan rendang penuh perisa. Enak dimakan dengan lemang, pulut kuning, ketupat palas, ketupat nasi dan roti.



Bagi anda yang merancang menyediakan rendang untuk santapan 1 Syawal nanti, apa kata mencuba Rendang Ayam Cili Api Negeri Sembilan pula. Mudah dan ringkas, sekejap sahaja siap. Bagi anda yang suka makan pedas, rendang ni pasti kena dengan selera.

Reseipi perkongsian Norzy Yusuff ini boleh dijadikan panduan. Katanya resipi yang dititipkan oleh ibu rakannya itu sangat ‘legend’ dan sudah menjadi kegemaran keluarga.

“Rendang ni menjadi favorite keluarga besar kami. Sedap gila! Setiap kali berkunjung raya di rumahnya mesti request rendang ni. Akhirnya tak tahan mintak share resipi.

Bahan-bahan



2 ekor ayam (digoreng separuh masak)
1/2 kg bawang kecil*
2 labu bawang putih*
Halia*
6 batang serai*
3 ketul ibu kunyit*
1 1/2 genggam cili api merah * (tambah jika suka lebih pedas)
4 sudu rempah
2 kg santan
3 sudu besar kerisik
4 helai daun kunyit (dihiris)
1 keping asam keping
Garam, gula, serbuk perasa (opsyenal)

Bahan rempah rendang

1 batang kulit kayu manis (dipecah kecil)
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
200 gram ketumbar
1 sudu besar jintan kasar
2 sudu besar jintan halus

Cara penyediaan



1-Bahan * dikisar halus.
2-Bahan ** untuk membuat rempah rendang perlu disangai terlebih dahulu sebelum dikisar halus secara berasingan.
3-Satukan semua bahan kisar bertanda * dan 4 sudu rempah dan santan.
4-Masak sampai kuah memekat.
5-Kemudian baru dimasukkan ayam, kacau kacau.
6-Masukkan kerisik, asam keping, daun kunyit, garam dan gula. Kacau sampai rendang masak dan agak kering.

Kata Nurzy, rempah rendang adalah opsyenal namun ialah ramuan penyedap yang sangat penting.

“Bukan semua Warigh Nismilan masukkan rempah. Inilah kelebihan rendang yang empunya resipi dan sangat sedap pada tekak kami,” kongsinya.
Selamat mencuba!
Sumber: Norzy Yusuff

Resepi rendang ayam cili api meletop raya



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Da’i Syed tutup episod kes rogol, buka lembaran baru



Syasya Dolla jangan seksi sangat – nenek

Ini sebab Diana tolak tawaran Farid



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker