Dengki dengan Didie Alias

Dengki dengan Didie Alias

CERITA dengki-mendengki ini memang selalu berlegar dalam industri seni. Ada sahaja khabar yang singgah di telinga Cik Bunga pasal artis A dengki artis B, artis C dengki artis D.

Gamaknya, begitulah lumrah dunia hiburan. Terbaharu, ada yang mengadu kononnya artis versatil, Didie Alias pula menjadi sasaran hasad dengki beberapa artis lain.



Entah apa silapnya, Didie atau mesra disapa Mummy ini dikatakan menjadi mangsa cemburu.

Dakwa sumber, kejayaan Mummy mengendalikan pelbagai acara membuatkan sekolompok lain sakit mata dan iri hati. Iyalah, memang wujud segelintir manusia yang tidak boleh melihat kejayaan orang lain.

Cik Bunga pun hairan, kalau sudah namanya rezeki, setiap orang pasti ada pintunya sendiri. Tetapi, itulah manusia, senang sangat cemburu dengan kejayaan orang lain. Kisahnya, ada yang mendakwa, banyak acara Mummy disabotaj.

Kononnya pelbagai khabar angin tersebar, termasuk Mummy dikatakan susah memberikan kerjasama dan demanding. Biar betul? Bab itu Cik Bunga tidak berapa nak setuju.



Bukan apa, mengenali Mummy, dari jauh dia sudah menyapa mesra. Senyum tidak pernah lekang di bibir. Macam mana boleh timbul dakwaan kononnya dia sombong dan sukar beri kerjasama. Pelikkan?

Ada juga beberapa nama yang disebut, tetapi tidak berani pula Cik Bunga dedahkan. Boleh jatuh tohmahan. Silap-silap apa yang disampaikan ini sekadar khabar angin yang sengaja diperbesarkan.

Hello, ingat tidak ada ke yang dengki dengan Cik Bunga? Beginilah, Cik Bunga seronok melihat rakan artis mencari pendapatan menerusi pelbagai platform. Tidaklah hanya duduk mengharap bantuan semata.

Ada usaha dan kudrat, mereka bekerja mencari rezeki halal. Cuma, yang tidak seronoknya bila kita dengar bab dengki-mendengki ini. Sudah-sudahlah.



Jangan tabur pasir dalam periuk nasi orang, lambat-laun periuk nasi kita pula terjejas. Tenangkan hati dan jangan dengki. Tak baik! Utusan

Dengki dengan Didie Alias


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker