Mangsa gangguan seksual pensyarah mengeluh tunggu keadilan
Mangsa gangguan seksual pensyarah mengeluh tunggu keadilan
Kira-kira 18 bulan selepas menjadi mangsa gangguan seksual seorang pensyarah, bekas siswazah Universiti Teknologi Mara (UITM) masih menunggu keadilan ditegakkan.
Farah Azuin Razak, 23, diberitahu kesnya kini disiasat IPK Johor, namun dalam komunikasinya dengan polis, beliau dimaklumkan kertas siasatan dipulangkan ke IPD Tangkak.
“Kali terakhir saya tanya pegawai penyiasat, dia kata kertas siasatan itu sudah dihantar semula ke IPK Johor untuk siasatan lanjut. Saya tak tahu nak siasat apa lagi,” katanya kepada FMT.
“Kerjasama saya dengan saksi lain semua dah bagi 100%. Pegawai penyiasat cakap, kalau dari dia kertas siasatan semua dah lengkap.”
Farah sebelum ini mencuri tumpuan ramai apabila mendedahkan dirinya menjadi mangsa gangguan seksual pensyarahnya, yang mahu beliau menjawab suatu “soalan kaji selidik” yang berunsur lucah.
Beliau membuat laporan polis pada 2 Jun tahun lalu, namun sehingga kini tiada tindakan undang-undang diambil terhadap pensyarah berkenaan. Di pihak UITM, pensyarah terbabit dipecat serta-merta selepas kisah Farah disiarkan FMT pada 22 Sept lepas.
FMT difahamkan, IPK Johor kini sedang menunggu laporan pakar dari IPD Tangkak, namun tidak dapat dipastikan pakar apakah yang dimaksudkan. Juga difahamkan kertas siasatan dari IPD Tangkak diserahkan kepada IPK Johor pada Oktober lalu.
Pihak IPK belum mengesahkan perkembangan ini selepas dihubungi.
Sementara itu, Farah sendiri mengutus surat rasmi untuk mengetahui perkembangan kesnya.
“Bila saya hantar surat rasmi minta status kes, terus ketua mereka hubungi saya tanya kenapa hantar surat rasmi? Dia kata boleh saja terus (hubung). Dia okay saja nak jawab. Boleh jumpa dia terus. Tapi akhirnya, sama saja jawapan. Sampai saya dah malas,” keluhnya kesal.
Farah berkata, selepas tiada tindakan diambil pihak berkuasa sekian lama, pensyarah berkenaan menghantar notis mahu mengambil tindakan saman malu terhadapnya pada 6 Sept lalu.
Lulusan diploma pengurusan dan perniagaan itu menganggap tindakan tersebut diambil untuk “menakutkan” beliau setelah menolak tawaran RM20,000 daripada pensyarah itu kepada beliau sekeluarga bagi “menutup” kes itu.
“Tempoh hari peguam saya beritahu pihak sana macam nak teruskan saman dan dengar kata dia nak saman UITM juga sebab tak puas hati dengan keputusan yang UITM buat.”
Menceritakan pengalamannya, Farah yang mengambil kelas dalam talian dikendalikan pensyarah itu mendakwa, bekas tenaga pengajar UITM itu memintanya menjawab pelbagai soalan kaji selidik berunsur lucah, diselang seli dengan percakapan tidak senonoh.
Farah mendakwa, ketika soal selidik berlangsung, pensyarah itu mengaku sedang beronani dan mengajaknya membuat perkara sama, menyebabkan dirinya trauma.
Selepas pengalaman Farah tular di media sosial, beberapa pelajar lain turut menghubungi beliau dan mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual pensyarah sama. FMT
Mangsa gangguan seksual pensyarah mengeluh tunggu keadilan
Baca Artikel Menarik:
- M40 mahu minta tolong dari siapa?
- Final Piala Dunia: Pertembungan Messi-Mbappe
- Muhyiddin sudah tak minat jadi PM?
- UMNO tidak daif jika aset-asetnya dipulangkan – Puad
- Najib harap semua ahli UMNO jangan risau, bangkit semula
- Kereta wanita dicalar kerana parkir di kawasan sementara
- Cacing ‘menari’ dalam testis lelaki
- Bangkai ‘anak Loch Ness’ di tepi pantai dipercayai ikan pari
- Lelaki tikam isteri, berang dihina berketurunan tidak baik
- UMNO dalam keadaan genting jika jawatan Presiden tidak dicabar – Penganalisis
- Kata parti pelbagai kaum tetapi mana wakil Melayu dari DAP untuk Kerajaan Perpaduan?
- Punca sebenar kenapa pemain Morocco bersujud di Piala Dunia Qatar
- Duit PAS dari ‘Tin Milo’ – Ahli Parlimen PAS
- Simpan gambar, video lucah bekas kekasih, Haqiem Stopa mengaku tak bersalah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]
Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]
You must be logged in to post a comment.