Agong hadiah madu pada Azam Baki, simbolik suruh tangkap ‘lebah’

Agong hadiah madu pada Azam Baki, simbolik suruh tangkap ‘lebah’

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menghadiahkan sebekas madu kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki.

Penganugerahan itu sebagai simbolik kepada titah supaya SPRM memerangi rasuah sebagai musuh nombor satu negara yang juga tumpuan utama pemerintahan baginda.



“Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, my honeymoon is over, now go catch the bees (bulan madu beta sudah berakhir, sekarang pergi tangkap lebah),” titah Seri Paduka seperti dimaklumkan di media sosial baginda.

Penganugerahan madu itu dibuat semasa baginda menerima mengadap Azam Baki di Istana Negara, hari ini.

Pada 19 Mac lepas, Sultan Ibrahim bertitah akan melaksanakan cara pemerintahan yang sebenar setelah hampir tempoh bulan madu.

Baginda juga bertitah bahawa baginda “bukan patung untuk disembah atau dijadikan perhiasan dalam majlis atau dipaksa mengikut segala kata dan kehendak menteri”.



Sultan Ibrahim melafaz sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama lima tahun dalam upacara di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada 31 Januari lalu.

Baginda menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahannya. Mk

Agong hadiah madu pada Azam Baki, simbolik suruh tangkap ‘lebah’

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain



Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker