Al-Fatihah: ADUN Melor Md Yusnan Yusof meninggal dunia — MYKMU.NET

Al-Fatihah: ADUN Melor Md Yusnan Yusof meninggal dunia



Sebaran :

KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Dr Md Yusnan Yusof dilapor meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di rumahnya di Ketereh.

Allahyarham meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung, lapor portal HarakahDaily.net.

Arwah yang pernah mendapat rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) dilapor terjatuh sebelum sempat ke bilik air ketika bangun dari tidur awal pagi tadi, kata Setiausaha DUN Melor, Tanazi Ariffin sepertimana dilapor portal tersebut.
“Bagaimana ketika mendapat susulan beberapa bulan lepas doktor mengesahkan keadaan jantungnya didapati baik. Malah semalam arwah hadir ke pejabat seperti biasa.

“Arwah menyiap urusan pembayaran skim takaful kifallah untuk warga emas di Dun Melor yang meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi HarakahDaily.net.



Berita kematian Md Yusnan disahkan anak Allahyarham, Mohd Auzaie di akaun Facebook.

“Dukacita dimaklumkan bahawa baba, Dr Yusnan sudah pergi menghadap Ilahi jam 2.28 pagi.

“Mohon doakan arwah ditempatkan di kalangan para solihin.



“Insya-Allah solat jenazah akan diadakan jam 2 petang di Masjid Ketereh.

“Mohon kepada semua untuk patuh prosedur operasi standard (SOP).”

Sumber Facebook mohdsomething



Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dalam pada itu turut mengumumkan pemergian Md Yusnan di akaun Facebooknya.

“Dukacita dimaklumkan bahawa YB Dr Yusnan Yusof, ADUN Melor yang juga Timbalan EXCO Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri telah kembali ke Rahmatullah sekitar jam 2 pagi sebentar tadi.

“Mewakili saf kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan dan PAS Kelantan saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.



“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” kata Ahmad Yakob.

Sumber Facebook DatoAhmadYakob

Jenazah Allahyarham dijangka disolatkan di mussala berhampiran rumahnya selepas solat Jumaat hari ini.



Arwah meninggalkan seorang isteri Ustazah Romaini Daud dan enam anak.-Awani

Saya kehilangan seorang sahabat: MB Perak


Sebaran :


Leave a Reply