Tiga ditahan curi 37 ekor lembu di Rembau

Gambar Hiasan

REMBAU – Polis menangkap tiga lelaki tempatan berhubung kes kecurian 37 ekor lembu membabitkan empat penternak di Ladang Sungai Baru, di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, suspek lelaki berusia 29 hingga 38 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Rembau di beberapa lokasi di Melaka.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis merampas 14 ekor lembu, dua telefon bimbit dan picagari.

“Permohonan reman untuk siasatan lanjut ke atas suspek diperoleh dari Mahkamah Seremban sehingga 13 Disember ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hazri berkata, pihaknya sedang mengesan dua individu yang dipercayai dapat membantu siasatan dalam kes curi haiwan ternakan tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Adi Irwan And Malek di talian 018-2253484 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di talian 06-6851999

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker