Maja Janeska: Influencer wanita catik dari Afrika Selatan ditemui mati ditembak

JOHANNESBURG, AFRIKA SELATAN – Seorang pesohor media sosial ditemui mati di dalam bilik tidur kediamannya di Afrika Selatan dengan mengalami kecederaan akibat kesan tembakan di kepala, lapor akhbar The Sun semalam.

Maja Janeska, 39, meninggal dunia di kediaman mewah yang didiami bersama taikun rokok yang juga merupakan teman lelakinya, Kyle Phillips di Johannesburg dalam apa yang disifatkan keluarganya sebagai kematian misteri.

Pasukan polis dikerah ke rumah mewah di Bassonia Estate pada 2 Disember lalu di mana Maja, yang memiliki 1.2 juta pengikut media sosial diumumkan meninggal dunia.



“Sejurus tiba di alamat yang diberikan, polis menemui seorang wanita di dalam bilik tidur dengan terdapat kesan luka akibat tembakan pada kepalanya.

“Sepucuk senjata api turut ditemui di sebelah mayatnya. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik,” kata jurucakap polis, Leftenan Kolonel Mavela Masondo.

Menurut polis, kematian Maja tidak dianggap sebagai mencurigakan, namun ahli keluarganya berkata, wanita itu ada masanya berasa takut dengan kehidupannya selain rakan-rakan mangsa mendakwa dia tidak membunuh diri.

Menurut Kyle, dia ketika itu sedang memberus gigi di dalam bilik mandi apabila terdengar bunyi tembakan dari bilik tidur mereka.



“Kadangkala, Maja berasa takut akan kehidupannya. Teman lelakinya mempunyai beberapa orang yang bekerja untuknya dan Maja turut takutkan mereka,” kata seorang ahli keluarganya.

Seorang rakan baik Maja, Iva Ristic pula berkata: “Dia tidak membunuh diri, dia bukan orang yang begitu.

“Dia baru sahaja pulang dari satu lawatan diplomatik di Macedonia. Maja seorang wanita yang cantik, menghargai kehidupannya, berbakat dan bercita-cita tinggi,” katanya.

Siasatan bagi kes tersebut masih berjalan. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau



Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker