Penjaga palang lompat depan tren demi selamatkan orang melintas

Lelaki tersebut meluru dari bahagian hadapan dan cuba menyelamatkan penunggang motosikal ketika kereta api bergerak laju ke arahnya. – Istimewa

JAKARTA – Aksi berani dan lagak adiwira seorang penjaga palang lintasan landasan kereta api di Lamongan, wilayah Jawa Timur menjadi tular di media sosial Indonesia selepas dia melompat di hadapan tren yang meluncur laju demi menyelamatkan seorang penunggang motosikal, lapor portal berita Okezone.

Berdasarkan video tular yang dikongsikan dalam akaun Instagram @kisahsemangat, seorang penunggang motosikal pada awalnya dilihat  cuba melintasi landasan kereta api dan tidak menyedari sebuah tren sedang meluncur laju ke arahnya.

Meskipun kereta api sudah membunyikan hon dari jauh, penunggang motosikal itu dilihat tetap cuba melintas meskipun tren semakin dekat.

Melihatkan keadaan itu, penjaga palang yang berada di seberang jalan meluru lari ke arahnya dan cuba menghentikan tindakan penunggang motosikal tersebut.



Dia kemudian terjatuh dan nyaris dilanggar kereta api namun, terselamat meskipun mengalami kecederaan.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Masya Allah pak cik. Pak cik ini perlu diberi penghargaan @jokowi,” kata seorang netizen sambil menyebut akaun milik Presiden Joko Widodo (Jokowi).

“Info terkini adalah penjaga palang pagar kereta api itu mengalami patah tulang ketika terjatuh. Dia masih dirawat di hospital,” kata seorang lagi pengguna yang lain. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau



Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker