Bung, Zizie gagal semak keputusan perintahkan mereka bela diri
Bung, Zizie gagal semak keputusan perintahkan mereka bela diri
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad gagal menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri terhadap tiga tuduhan rasuah.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid hari ini membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How terhadap permohonan semakan yang difailkan pasangan itu.
Azhar berkata, beliau membenarkan bantahan awal pendakwaan selepas meneliti hujahan yang dikemukakan kedua-dua belah pihak.
Dalam prosiding hari ini, peguam M Athimulan hadir bagi pihak Bung Moktar dan Datuk K Kumaraendran untuk Zizie Izette.
Pada prosiding 17 Oktober lalu, Chin How memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya mengemukakan bantahan terhadap permohonan pasangan idengan alasan semakan berkenaan tidak sepatutnya difailkan melalui notis usul.
Menurut Chin How, kaedah pemfailan notis usul yang dibuat adalah salah dan bertentangan Seksyen 35 dan 36 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dibaca bersama Seksyen 325 dan 326 Kanun Acara Jenayah.
Pada 2 September lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Bung Moktar dan Zizie Izette membela diri atas tiga tuduhan rasuah berjumlah RM2.8 selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Bung Moktar, 64, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah diperintah membela diri atas dua tuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan FELCRA untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Beliau juga perlu membela diri atas tuduhan ketiga iaitu menerima suapan wang tunai RM335,500 atas sebab sama.
Zizie Izette, 44, pula mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara sama. BH
Bung, Zizie gagal semak keputusan perintahkan mereka bela diri
Baca Artikel Menarik:
- Menteri Pendidikan diminta rujuk guru, guna fakta dan data
- Tidak masuk akal import telur – Ameer Ali
- 35 nama dikemuka bagi jawatan timbalan menteri
- JPM nafi lantikan Ismail Sabri sebagai Pengerusi Petronas
- Juruteknik kilang ditembak sebab isteri disyaki tipu skim pelaburan
- Afif dakwa Saifuddin campur tangan siasatan
- MIC tolak jawatan timbalan menteri
- Kumpulan pesawah tolak cadangan kerajaan lantik lebih banyak syarikat pengimport beras
- Ronaldo berpura-pura gembira lihat gol dijaringkan rakan sepasukan
- FITNAH: PM beri Muhyiddin 3 hari untuk mohon maaf
- Isu BERNAS, Shahidan melompat
- Muhyiddin mesti dedah siapa 42 Ahli Parlimen beri SD – Shahrir
- Menteri Undang-Undang tidak buang masa, pengasingan kuasa peguam negara, pendakwa raya bermula
- Ini tindakan Rasulullah s.a.w. terhadap orang yang suka bergurau dan berlawak jenaka
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wan Fayhsal buat laporan polis terhadap Anwar