Anthony Loke perlu siasat keputusan kerajaan PN batal projek HSR KL- Singapura

Oleh Norzahira

SATU kerugian besar bagi rakyat Malaysia apabila projek HSR Kuala Lumpur-Singapura dibatalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada akhir tahun 2020.

Muhyiddin hancurkan projek ikonik ASEAN yang menghubungkan dua ibukota ASEAN yang terpenting.

Tindakan Muhyiddin tersebut dikatakan didorong oleh keengganan beliau menerima konsep tender antarabangsa terbuka bagi perolehan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura.

Oleh itu, Anthony Loke Menteri Pengangkutan di bawah Kabinet Kerajaan Perpaduan digesa siasat keputusan kerajaan PN menbatalkan projek HSR KL- Singapura.

Beberapa persoalan penting tidak pernah dijawab oleh Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri ketika mereka berkuasa namun rakyat menuntut agar kerajaan Perpaduan dapat menamatkan teka-teki tersebut apabila siasatan terperinci dibuat ke atas Muhyiddin.

Dua solan telah berulangkali ditanya oleh Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan pembatalan projek HSR KL-Singapura iaitu :-

1. Adakah ianya benar bahawa kerajaan PN dahulu sanggup bayar RM320 juta kepada Singapura hanya sebab mahu beri projek kepada ERL milik YTL dengan menggunakan teknologi tren ERL yang separuh laju?

2. Adakah ianya benar bahawa kabinet kerajaan PN mencadangkan untuk memberi geran sebanyak RM3.3 bilion untuk naik taraf ERL dan juga bersedia membayar pampasan sehingga RM7.7 bilion kepada syarikat ERL bagi menampung kerugian sebab unjuran jumlah penumpang dan pendapatan dijangka jauh lebih rendah selepas ianya ditukar dari KL ke Singapura kepada KLIA ke Johor Baharu?

Projek ini sangat penting dan mampu memberi manfaat ekonomi berjumlah RM500 bilion pada negara tetapi kini telah dibatalkan kerajaan PN.

Jika ianya benar bahawa niat Muhyiddin adalah hanya untuk memberi projek serta dijadikan peluang untuk membayar lebih RM10 bilion duit kerajaan kepada kroni maka ini adalah satu pengkhianatan amat besar kepada negara.

Anthony Loke digesa mencari jika wujudnya kertas kabinet dari Jabatan Perdana Menteri dengan tajuk “Hala Tuju Projek Keretapi laju HSR 2.0 Baharu” yang bertarikh 30 Nov 2020.

Pengkhianat yang menghancurkan projek ikonik ASEAN menghubungkan dua ibukota ASEAN yang terpenting perlu dibawa ke muka pengadilan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker