Hukuman kunci tayar dalam petak parkir MPKB-BRI tidak sah

KOTA BHARU – Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan undang-undang mengunci tayar terhadap kenderaan yang digunakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sejak 22 tahun lalu tidak sah.

Tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hashim Hamzah, Datuk Abdul Karim Jalil dan Hakim Datuk Supang Lian mendapati undang-undang itu bertentangan (ultra-vires) dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Hashim dalam penghakimannya secara dalam talian hari ini bersetuju bahawa Perintah 17, Perintah Pengangkutan Jalan (LKB) MPKB-BRI 2000 iaitu kuasa MPKB-BRI mengunci tayar terhadap kenderaan tidak membayar parking turut bertentangan dengan Seksyen 72(7) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dengan keputusan itu, pihak MPKB-BRI tidak boleh mengunci tayar kereta yang diletakkan di dalam petak letak kereta dan hanya boleh mengenakan kompaun sahaja.



Keputusan itu diputuskan berdasarkan kes yang difailkan oleh seorang kerani, Nursyafawati Kasim,33, selepas kereta jenis Perodua Myvi miliknya dikunci tayar di Jalan Sultan Yahya Petra di sini tiga tahun lalu.

Tindakan kunci tayar oleh penguat kuasa MPKB-BRI itu dijalankan selepas mendapati wanita itu meletakkan kereta dengan tidak membayar caj ditetapkan selain mempunyai tunggakan kompaun.

Nursyafawati diwakili oleh peguam Hisham Fauzi, Ang Khai Wei, Majdah Muhammad dan Haziratul Aqilah Huzailing dalam prosiding kes itu.

Menurut Hisham, perkara utama dalam kes tersebut adalah MPKB-BRI pada tahun 2000 tidak mendapat kebenaran bertulis daripada menteri untuk menguatkuasakan undang-undang kecil berkaitan jalan raya atau mengunci tayar sepanjang tempoh 22 tahun hukuman itu dilaksanakan.



Katanya, selain itu, MPKB-BRI juga tidak menyiarkan undang-undang mengenai mengunci tayar di dalam warta kerajaan.

“Mahkamah melihat kedudukan Perintah 17, LKB MPKB-BRI 2000 berada dalam keadaan tidak betul. Mahkamah telah memutuskan bahawa rayuan perayu iaitu Nursyafawati untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah dibenarkan.

“Sehubungan itu, semua hukuman kunci tayar melibatkan tunggakan kompaun atau lebihan masa letak kereta daripada MPKB-BRI adalah tidak sah kecuali bagi kesalahan melibatkan kesalahan lain seperti menghalang lalu lintas,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Hisham, berdasarkan kepada Perintah 17, LKB MPKB-BRI 2000, MPKB-BRI hanya boleh mengeluarkan kompaun sahaja terhadap kesalahan di bawah perintah itu dan bukannya mengunci tayar.



Katanya, meskipun, pemilik kereta itu mempunyai tunggakan kompaun parkir, MPKB-BRI tidak mempunyai hak untuk mengunci tayar kereta kerana mereka perlu mendapat kebenaran mahkamah untuk berbuat demikian.

“MPKB-BRI akan mengunci tayar kereta yang diletakkan di dalam petak parkir bagi kereta yang mempunyai tunggakan kompaun. Hukuman itu salah dan tidak dibenarkan kerana pemilik kereta perlu membayar sehingga RM110 untuk membuka kunci.

“Keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan ini sekali gus memberi kesan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara bukan hanya MPKB-BRI. Jadi, semua PBT terikat dengan keputusan ini,” katanya.

Ujarnya, sehubungan itu, MPKB-BRI perlu menghentikan dahulu tindakan mengunci tayar terhadap kereta yang mempunyai tunggakan kompaun.

Katanya, MPKB-BRI juga perlu menyemak semula undang-undang mereka termasuk LKB MPKB-BRI 2000 kerana keabsahannya mengenai perkara tersebut boleh dipertikaikan agar ia tidak lagi bertentangan dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terima kasih Annuar bongkar Muhyiddin beri duit pada UMNO

Raba payu dara sepupu isteri, lelaki didakwa

Wan Fayhsal buat laporan polis terhadap Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker