Guna telefon ketika memandu, pemandu bas ini sudah ada 13 saman

PUTRAJAYA – Pemandu bas yang tular di media sosial sejak Jumaat lalu kerana menggunakan telefon bimbit ketika memandu didapati mempunyai 13 saman kesalahan jalan raya.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia Datuk Zailani Hashim berkata, ia termasuk satu saman yang baharu dikeluarkan atas kesalahan memandu menggunakan telefon bimbit yang tular di media sosial.

“Tindakan penggantungan lesen memandu boleh diambil terhadap pemandu tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Zailani berkata, JPJ melalui Unit Pemeriksaan & Kawalan Kenderaan Perdagangan (UPKKP), Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Pulau Pinang telah mengambil tindakan segera dengan mengeluarkan notis saman terhadap pemandu bas berkenaan.

“Pemandu berkenaan telah melakukan kesalahan kerana menggunakan telefon bimbit, semasa memandu dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Ipoh,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Zailani berkata, pihaknya telah menyiasat dan mengenal pasti bahawa pemandu yang membawa bas milik sebuah syarikat yang beroperasi di Butterworth, Pulau Pinang.

“JPJ ingin menegaskan bahawa tindakan memandu sambil menggunakan telefon bimbit merupakan kesalahan serius dan berbahaya yang boleh mendatangkan risiko kemalangan jalan raya,” katanya.

Zailani berkata, JPJ ingin menasihati kepada semua pemandu dan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya.

“Manakala pihak syarikat juga perlu memantau rapi pemandu kenderaan masing-masing supaya lebih berhemah dan beretika ketika memandu, supaya perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang demi keselamatan penumpang bas ekspres dan pengguna jalan raya lain,” katanya.

Pada Ahad, media melaporkan polis telah mengambil keterangan pemandu bas berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Suhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, pemandu bas berkenaan telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah bagi membantu siasatan.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker