Blooming Panda galak wanita sertai ekonomi gig

Blooming Panda galak wanita sertai ekonomi gig

Bagi meringankan beban serta cabaran dihadapi oleh pekerja wanita dalam sektor ekonomi gig dan memperkasa golongan wanita yang memerlukan sokongan, foodpanda Malaysia dan Urbanice Malaysia bekerjasama memperkenalkan Blooming Panda, inisiatif untuk mengambil ‘walker’ wanita sebagai rakan penghantar.

Pengarah Operasi foodpanda Malaysia, Kelvin Chan berkata, kerjasama itu diperkenalkan bagi menggalakkan lebih ramai wanita menyertai ekonomi gig.

“Sejak kebelakangan ini, kita sudah melihat betapa cekal dan tabahnya golongan wanita.

“Oleh itu, kami komited untuk terus memperbaiki diri sendiri, satu peratus lebih baik setiap hari dan menyediakan penyelesaian bagi membantu wanita mengatasi halangan dalam usaha mencari nafkah untuk keluarga mereka.

“Berteraskan matlamat yang sama, nama Blooming Panda mewakili titik permulaan baharu untuk wanita yang memerlukan sokongan dan kami berharap ia dapat memberi mereka peluang kedua untuk bangkit,” katanya di majlis memperkenalkan Blooming Panda di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Mohd Yushanizar Md Yusoff dan Ketua Pegawai Eksekutif Urbanice Malaysia, Norliza Hashim.

Pada majlis itu juga basikal yang ditaja oleh Urbanice turut diserahkan kepada 35 wanita yang memerlukan sokongan.

Selain mewujudkan peluang pekerjaan dan membantu wanita berkembang maju dalam sektor ekonomi gig, kerjasama terbabit turut menyasarkan untuk membina komuniti lebih mampan dengan menggalakkan penggunaan kenderaan sifar pelepasan karbon seperti basikal dan e-skuter.

Sementara itu, Norliza berkata, selain mempromosikan kemampanan bandar, pihaknya percaya bahawa pemerkasaan wanita adalah penting untuk pembangunan kesihatan dan sosial keluarga serta masyarakat.

“Apabila seseorang wanita itu dapat menjalani kehidupan memuaskan dan selamat, mereka dapat memaksimumkan potensi penuh mereka, menyumbang kemahiran mereka ke dalam tenaga kerja serta membolehkan mereka membesarkan anak-anak dengan gembira dan sihat,” katanya.

Rakan penaja dan agensi lain yang turut terbabit dalam menjayakan Blooming Panda termasuklah, Lembaga Zakat Selangor, yang akan memberikan tiga bulan zakat kepada peserta dalam kalangan asnaf yang layak pada program itu. HM

Blooming Panda galak wanita sertai ekonomi gig


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker