Disangka bujang, rupanya sudah ada dua anak

Disangka bujang, rupanya sudah ada dua anak

Remuk hati seorang wanita apabila mendapat tahu ‘teman lelakinya’ yang disangka bujang ternyata sudah beristeri dan memiliki dua orang cahaya mata.

Pendedahan tersebut dikongsikan oleh seorang wanita berkenaa menerusi hantaran di media sosial TikTok miliknya, @dalilifatini.



“Saya dapat merasakan bahawa dia sebenarnya sudah memiliki pasangan tetapi masih tidak dapat membuktikan firasat tersebut kerana nama yang digunakannya bukanlah nama sebenar.

“Berbekalkan bantuan ibu, pada akhirnya saya mendapat tahu namanya yang sebenar, ” jelasnya yang bertindak meninggalkan lelaki tersebut lantaran merasa kasihan dengan isteri dan anak-anaknya

Tambahnya, semua gambar-gambar dapat diperolehi dengan mudah menerusi Facebook dan lain-lain aplikasi kerana sudah tahu akan nama sebenarnya sekali gus mendedahkan kebenaran ternyata rupa-rupanya dia sudah berkhawin dan memiliki anak.

Menurutnya, perkenalan mereka pada awalnya bermula menerusi sebuah aplikasi di media sosial dan berterusan hingga ke realiti.



“Dia sentiasa menemani saya contohnya pergi berjogging, mengajak keluar, berhubung menggunakan panggilan video di Instagram, sering melawat di kampus, membelikan bunga sewaktu hendak menjawab ujian serta selalu memuat naik kata-kata rindu di Instagram dan sebagainya,” katanya.

Ujarnya, lelaki tersebut sudah merayu dan meminta maaf kepadanya serta dia berharap agar individu tersebut benar-benar menyesal atas tindakannya dan boleh berubah ke arah yang lebih baik.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan simpati mereka terhadap wanita tersebut dan memuji tindakan yang dilakukannya.

“Terima kasih kerana menjaga perasaan isteri dan anak-anaknya. Semoga ada yang lebih baik untuk anda,” komen seorang pengguna TikTok.



“Tahniah. Anda wanita yang bijak dan baik. Semoga dipertemukan dengan jodoh yang lebih baik,” puji netizen lain pula.

Dalam pada itu, wanita berkenaan sempat meninggalkan pesanan kepada para wanita di media sosial berkenaan agar bertindak menyelidik latar belakang seseorang itu terlebih dahulu agar kesilapannya tidak berulang kepada mereka.

Hantaran tular tersebut telah meraih sebanyak 1,700,000 jumlah tontonan dan 99,400 tanda suka setakat ini. K Online

Disangka bujang, rupanya sudah ada dua anak




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j



Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker