DAP akur kedudukan Islam, hak Melayu dalam perlembagaan
DAP akur kedudukan Islam, hak Melayu dalam perlembagaan
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, DAP telah memberi jaminan untuk ‘akur dan patuh’ dengan empat Perkara yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk berkaitan agama Islam dan keistimewaan Orang Melayu.
Presiden UMNO itu berkata, dua perkara lagi ialah mengenai kedudukan institusi Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu.
Beliau berkata, jaminan itu diberikan oleh Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook semasa pertemuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan.
“Soalan pertama saya sebagai Presiden BN ialah bagaimana kedudukan Islam, hak Orang Melayu, Bahasa Melayu dan institusi Raja-Raja Melayu.
“Bila soalan itu diajukan, Setiausaha Agung DAP kata kami DAP baharu, kepimpinan baharu dan kami akur dengan sebarang Perkara dalam Perlembagaan termasuk empat Perkara itu,” katanya ketika berucap pada Program Himpunan Bersama Rakyat di Dewan Terbuka Rompin di sini pada Selasa.
Ahmad Zahid juga berkata, akar umbi tidak perlu bimbang kerana sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, beliau tidak pernah menjual parti sebaliknya berusaha memastikan parti kekal relevan supaya dapat terus memperjuang hak serta keperluan rakyat.
“Saya seru pada diri sendiri dan semua peringkat parti… ini adalah ujian kepada kita. Kita mesti istiqamah. Jangan ada lagi perbezaan pendapat antara kita hingga bawa perpecahan.
“Rapatkan saf kepimpinan dan wujudkan penyatuan supaya UMNO dan BN terus relevan bukan hanya dalam Kerajaan Perpaduan tetapi sehingga masa depan. Kita berjanji untuk berkhidmat kepada rakyat bersama-sama rakan dalam kerajaan,” katanya.
Beliau turut mengingatkan wakil rakyat BN di negeri atau Parlimen agar berkhidmat kepada rakyat sepanjang masa dalam tempoh lima tahun dan bukan bersifat ‘bermusim.’
Ahmad Zahid juga meminta pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Tioman memilih calon BN iaitu Datuk Seri Mohd Johari Hussain sebagai tanda sokongan kepada Kerajaan Perpaduan yang dibentuk di Pahang dan di peringkat Persekutuan. Sinar
DAP akur kedudukan Islam, hak Melayu dalam perlembagaan
Baca Artikel Menarik:
- Rafizi ‘penjilat’ Anwar – Wan Saiful
- 5 perkara yang sedang diteropong Anwar
- Sukar lupakan kisah manusia ditelan ular sawa
- Agong, Zafrul saksi perjanjian bersejarah Petronas dan syarikat minyak UAE
- Lebih baik PN berhenti berangan, nasihat Rafizi
- Anwar batal kelulusan projek tebatan banjir RM7 bilion
- BN belajar daripada kesilapan – Zahid
- Jangan cabar saya, Anwar beritahu Muhyiddin
- Terima kasih Menteri Luar, Wisma Putra – Norzie Pak Wan Chek
- Selamat Tinggal Muhyiddin, Jeffrey Kitingan sahkan STAR tinggalkan PN secara rasmi
- BN, PH lapor polis kenyataan ‘kerajaan luar tabii’ Sanusi
- Ah Long hantar konco serang lelaki di hospital, rampas kereta mahal
- Lelaki kahwini 20 wanita termasuk anak sendiri mengaku dirinya Nabi
- Tak cakap pun nak nikah – Ogy
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j
You must be logged in to post a comment.